Teks: Masayu Ahmad
Menggalas peranan sebagai isteri, ibu dan pekerja bukanlah satu tugas yang mudah. Tujuh hari seminggu 24 jam sehari, segala-galanya kita mahukan yang terbaik buat diri sendiri dan keluarga. Acapkali wanita cuba mengambil jalan terbaik agar mendapat rentak dalam urusan tugasan harian. Bukan mudah sebenarnya untuk mencapai kecemerlangan dalam setiapa apa yang telah dimatlamatkan untuk keluarga mahu pun karier. Berikut beberapa tip, agar semangat kita kekal konsisten dan mampu pulih semula apabila mula luntur dan lebur.
Matlamat jangka pendek
Apa matlamat jangka pendek yang kita harapkan. Sudah tentu mendapatkan keseimbangan dalam segala urusan, sama ada urusan anak-anak, urusan rumah tangga dan juga kerjaya. Pengurusan masa adalah salah satu elemen penting agar segala urusan kita mampu dilaksanakan dengan baik. Saya percaya ramai yang cuba mencapai keseimbangan dalam urusan seharian.
Matlamat jangka panjang
Matlamat jangka panjang sudah tentu mahu memiliki kebebasan kewangan mutlak, bebas hutang juga hidup dalam keharmonian suasana kehidupan yang diinginkan. Bagi saya sendiri, lebih suka kehidupan dalam suasana kampung yang serba sederhana. Agaknya sudah bosan dengan hiruk pikuk kota. Apapun matlamat jangka panjang kalian, pastiakan sudah disenaraikan pada awal tahun, diperbaharui pertengahan tahun dan diiringi dengan usaha yang jitu. Semoga dipermudahkan.
Motivasi dalaman
Ini adalah makanan rohani dan jasmani sama ada kita boleh konsisten dengan amalan keagamaan yang mampu memberi diri tenaga untuk bertahan dalam apa juga cabaran. Tidak mudah apabila sesekali kita menghadapai masalah dan cabaran kehidupan. Kehidupan akan lebih bermakna apabila kita menilai setiap ujian daripada sudut positif. Sentiasa bersedia dalam apa juga cabaran adalah salah satu cara untuk mengekalkan momentum motivasi.
2 comments:
salam akak...
leen pun salu jenguk-jenguk sini memandangkan leen pun SAHM kan. ada masa semangat luntur betul hahaha. terasa malas sume ada. tapi betul. bila tgh down tu fikir2 balik apa yang kita buat ni, apa matlamat kita dsbg slowly kita ok. bukan apa, leen suka sangat push diri sendiri untuk buat semuanya kasi nampak perfect, walhal bersepah sikit pun ok asalkan anak-anak cukup perhatian. takkan sebab hari-hari nak bertegas dengan chores walhal anak-anak masih dlm tahap belum faham lagi.. masih perlu perhatian.. hehehe. kesimpulannya, leen belajar untuk buat kerja dengan efisyen dan rilex. so, its a win-win situation. insyaAllah.
salam Leen
ya bukan mudah nak pastikan kesempurnaan di depan mata
tetapi kadang-kadang perlu seimbang dan biarkan juga sesekali rumah bersepah di masa kita rasa tidak bersemangat
itulah pentingnya perlu cari kekuatan diri semula untuk segarkan rumahtangga
perasaan turun naik itu adalah biasa, cumanya kita hanya perlu ambil masa untuk bertenang dan mula semula dengan penuh semangat
terima kasih Leen tinggalkan jejak, salam perkenalan dari saya
Post a Comment