RASULULLAH LIHAT PELBAGAI SEKSAAN KE ATAS WANITA INGKAR KETIKA ISRAK MIKRAJ
SAIDINA Ali r.a meriwayatkan sebagai berikut:
"Saya bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah s.a.w dan kami temui baginda sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau: "Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?" Baginda menjawab: "Pada malam aku di Israk ke langit, aku melihat orang sedang mengalami pelbagai penyeksaan, apabila teringatkan mereka aku menangis."
Saya bertanya lagi: "Wahai Rasulullah, apakah yang tuan lihat?" Baginda bersabda:
Ø Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.
Ø Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan cairan yang mendidih dari neraka dituang ke kerongkongnya.
Ø Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggung sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.
Ø Wanita yang digantung, diikat kedua kaki dan tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit di bawah kekuasaan ular dan kala jengking.
Ø Wanita yang memakan badannya sendiri serta di bawahnya kelihatan api yang menyala-nyala dengan hebatnya.
Ø Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.
Ø Wanita yang bermuka hitam dan memakan ususnya sendiri.
Ø Wanita yang tuli, buta dan bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung, telinga, mulut) dan badannya membusuk akibat penyakit kulit.
Ø Wanita yang berkepala seperti kepala babi dan keldai yang mendapat berjuta jenis seksaan.
Maka berdirilah Fatimah sambil berkata: "Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku ceritakanlah kepadaku apakah perbuatan wanita itu."
Rasulullah s.aw bersabda: "Wahai Fatimah, ada pun mengenai:
Ø Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya (dijilbab) di kalangan lelaki
Ø Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata-kata.
Kemudian Nabi s.aw bersabda: "Tidak seorang wanita yang menyakiti hati suaminya melalui kata-katanya kecuali Allah menciptanya mulut pada hari kiamat selebar 70 zira' kemudian akan mengikatnya di belakang lehernya."
Ø Ada pun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.
Ø Ada pun wanita yang diikat dengan kaki dan tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haid dan nifas.
Ø Ada pun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk, dilihat lelaki lain serta suka membicakan keaiban orang.
Ø Ada pun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang yang banyak dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhiasannya.
Ø Ada pun wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya sampai ke ubun-ubunnya dan dibelit oleh ular dan kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat dan puasa. Tetapi dia tidak mahu berwuduk dan tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.
Ø Ada pun wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti keldai kerana dia suka melaga-lagakan orang serta berdusta.
Ø Ada pun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah-marah kepada suaminya. Malah ada di antaranya isteri nabi yang mati dalam keadaan tidak beriman kerana mempunyai sifat yang buruk. Walaupun mereka adalah isteri manusia yang terbaik pada zaman itu.
2 comments:
teringat kata-kata sorg
ustazah kat skolah
dedulu dia kata..
"perempuan plg senang
nk masuk syurga
dan neraka.."
smga kite dilindungi
dan diberi petunjuk
hidayah dari-Nya..
amin..
zatil
walaupun sudha tahu paling senang masuk neraka, tetapi paling senang juga mengabaikan apa yang sudha dilarang
mudah-mudahan kita dilindung sehingga akhir nyawa
Post a Comment