Thursday, April 1, 2010

Hero terjunan tirus, luka berdarah

Hakim membuat terjunan luar biasa, lalu tidak sempat mengelak keningnya berdarah. Ibu tersenyum sahaja, melihat anak teruna meraung-raung, dahinya bercucuran darah. Ibu bertukar 'juru rawat super', mengambil 'diaper' yang masih baru letak pada, dahi Hakim. Alahai anak-anak, senyap seketika aksi 'ninja'. Diaper lebih banyak daya serap dari tisu, jadi suka suki saya sahaja buat rawatan.;D

Sekejap sahaja suasana senyap sunyi kerana hero terbaring sahaja.

"Hakim kuar, dah tak larat," kata hero dengan suara manja-manja orang sakit.

Seketika Hero sudah tidak sakit, melihat di tangan ibu ada sesuatu.



Hero kembali riang dan tidak menangis selepas ibu keluarkan kamera. Merah di dahi bertanda untuk hero kesayangan ibu. Sila abaikan Aiman, apabila malam menjelma, Aiman lebih suka berbogel, hanya berseluar sahaja. Inilah buah hati, nikmat kehidupan saya kini.

2 comments:

Hida Naza said...

Kak Mas,
saya dan suami ada teori suka suki pasal anak.
siapa ada ramai anak lelaki, tahap kesabaran mereka lebih tinggi dari siapa yang ramai anak perempuan.

Allah maha mengetahui tahap kesabaran umatnya.

sekadar teori suka suki. (-:

Masayu Ahmad said...

Ida

Ya ka ida,

Itulah, kalau semua sudah suka buat aksi masa kak mas mahu rehat

kak mas cakap "semua boleh keluar"

tiga-tiga akan senyap sehingga kak mas tidur

lepas tahu ibunya sudah tidur

mereka akan sambung bergelak ketawa semula

(selalunya itulah yang diceritakan ayah mereka)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin