Monday, April 26, 2010

Jana RM Dari Rumah, berada di pasaran Mei 2010

Teks: Masayu Ahmad

Semalam saya menerima mesej ringkas daripada editor Oasis, bahawa iklan buku sulung saya, Jana RM Dari Rumah akan disiarkan setiap hari di Sinar Harian. Pagi tadi saya mendapatkan senaskah. Gembira hari terpapar pada muka surat N31 iklan buku saya.

Saya kongsikan rentetan peristiwa sepanjang menyiapkan buku ini. Juga beberapa catatan perjalanan suka duka sepanjang diri saya sebagai penulis sepenuh masa. Inilah hadiah paling bernilai untuk tahun ini. Ubat demam saya juga perjuangan sebagai seorang penulis, penyuntik semangat agar terus tetap dengan prinsip yang saya pegang sejak dulu. Tidak akan kalah walau hampir tewas, kerjakan sehingga selesai.

Kalian boleh membeli buku ini secara online melalui http://www.alaf21.com.my/langganan/langgan.htm saya akan uar-uarkan pembelian terus daripada saya daripada laman web http://www.masayuahmad.com/ (dalam proses kemas kini). Insya Allah

Judul: Jana RM Dari Rumah
PenulisL Masayu Ahmad
Halaman: 240
Harga: RM 15 (Semenanjung), RM 18.00 (Sabah & Sarawak)
ISBN: ISBN 978-967-5711-01-5




Ini adalah gambaran atur letak yang belum selesai.

Buku saya kini sudah dalam proses percetekan. Saya sedang berusaha untuk menyiarkan muka depan buku. Sabar ya.

2 comments:

Ely Hasrul said...

nak satu!

nnti bagi tau cmne..

congrats!!!

Masayu Ahmad said...

terima kasih Ely

boleh terus beli dengan saya, nanti saya akan maklumkan

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin