Teks: Masayu Ahmad
Persekitaran, hubungan, bebanan kerja dan suasana sangat mempengaruhi bagaimana permulaan hari. Banyak perkara, walaupun dilihat kecil, tetapi kadangkala boleh membunuh semangat, merendahkan diri, semangat hilang dan rasa tidak bertenaga.
Awal pagi sangat bermakna jika kita bangun dengan penuh semangat, tetapi disebabkan ada perkara remeh yang berlaku mempengaruhi emosi sehingga semangat kita terbang entah ke mana.
Panduan berikut membantu suri dan saya sendiri agar kita kekal teguh, walaupun banyak halangan dan cabaran sudah bermula di awal pagi.
Jangan fikir kerja menimbun, tetapi mahu siapkan segera dengan sempurna
Awal pagi kita sudah bangun, di dalam fikiran sudah banyak perkara yang terlintas dan mahu dilakukan untuk hari ini. Tetapi tiba-tiba sahaja kita bertukar malas kerana begitu banyak perkara yang mahu selesai segera dan sempurna.
Bangkit sahaja, dan lakukan perkara rutin satu persatu tanpa memikirkan banyaknnya perlu diselesaikan. Apabila anda tekun dan tidak membiarkan perasaan 'banyak kerja' menguasai diri. Apabila hampir separuh selesai, anda akan mendapati satu tenaga baru dan rasa sangat puas hati.
Jangan mulakan dengan membebel
Diam kadangkala lebih baik daripada banyak berkata-kata. Tersilap berkata, boleh sahaja menjejaskan hubungan tidak kira sesama adik beradi, rakan sekerja, jiran tetangga. Berfikir sebelum berkata, adalah lebih baik daripda terus berkata-kata tanpa henti dan khuatir kata-kata boleh membuat orang lain rendah diri, menjatuh maruah dan merosakkan hubungan.
Walaupun di awal pagi sesama suami isteri. Apa salah, bangun pagi dan peluk suami. Ucap terima kasih atas perkongsian yang sungguh bermakna. Usah tunggu ulang tahun kelahiran barulah mahu membuat kejutan.
Juga meluah dan berkongsi dengan suami, menangis atau apa sahaja untuk meluahkan rasa geram yang terbuku.
Jaga diri jaga peribadi
Kerana mulut badan binasa. Kadangkala kerana hanya melalui pertuturan sahaja, kita sudah mampu meneka dalaman dan keseluruhan peribadi seseorang. Hindarkan berkata-kata negatif sebaik mungkin. Kita sudah tahu apabila mengumpat seperti memakan daging saudara sendiri.
Tetapi enaknya makan daging saudara sendiri itulah yang menjadi tabiat harian. Sedar atau tidak ambil kertas, untuk hari sudah berapa ramai daging yang kita makan. Bukan sebarang daging, dan balasannya sudah digambarkan wanita yang memakan daging, kelak akan menarik lidah dan kemudian akan mengunting lidah tersebut. Begitulah seterusnya. Nauzubillah.
Ingatan buat diri sendiri, mohon saya secara sengaja atau tidak menonjolkan kehebatan diri. Maafkan saya sekiranya ada sahaja kata-kata atau artikel yang boleh membunuh semangat kalian. Niat saya adalah satu membantu dan berkongsi setakat mana yang termampu.
Salam perjuangan buat semua suri hebat yang membaca blog ini
http://www.masayuahmad.com/
No comments:
Post a Comment