Saturday, February 27, 2010

Wanita biasa mempunyai cita-cita luar biasa- Mommy Lyna


Saya memakai tudung bawal sebab ianya mudah nak dikenakan dan simple saja. Saya ni bukan jenis suka pusing2 tudung segala :)


Status Kini:

Wanita bekerja dan mempunyai pendapatan sampingan.

Cabaran menjadi wanita bekerja dan mempunyai pendapatan sampingan:

Saya bekerja, di samping itu saya menguruskan perniagaan internet dan juga perniagaan vitamin saya, dan akan datang perniagaan yang baru saya cuba nak ceburi (banyak kan!). Saya juga adalah surirumah, sebab saya tiada pembantu. Saya menguruskan 2 anak lelaki saya tanpa bantuan.

Bekerja sepenuh masa, jadi saya perlu meninggalkan rumah seawal jam 6.45 pagi untuk ke pejabat. Anak-anak saya tinggalkan di taska, Saya telah memilih taska yang bagus untuk anak-anak saya, kerana bagi saya taska adalah rumah kedua bagi mereka. Jadi haruslah saya memilih taska terbaik yang dapat menjaga mereka dari segala aspek. Dan saya tak suka merungut-rungut tapi tak boleh buat apa-apa. Biarlah kita hantar mereka ke tempat yang betul-betul puas hati, bayar mahal sikit pun tak apa.

Kerja saya bukan sekadar duduk di pejabat saja. Saya perlu outstation, ke pejabat kontraktor dan perunding, ke lapangan, ke luar pantai dan mungkin ke luar negara. Ini adalah satu cabaran besar buat seorang ibu, kerana saya menyusukan kedua-dua anak saya. Jadi mereka berdua amat rapat dengan saya. Sebolehnya saya membawa anak-anak saya mengikuti setiap kali saya ke luar kawasan, tapi sejak akhir-akhir ini dek kerana ketiadaan penjaga, saya terpaksa meninggalkan mereka kepada suami.

Pendapatan sampingan, lain pula ceritanya. Saya terpaksa mengorbankan masa rehat, masa senggang untuk memberikan komitmen kepada kerja sampingan. Waktu tidur juga terpaksa dilewatkan. Namun saya tabahkan hati demi membangunkan cita-cita kami, dan demi kepentingan anak-anak.

Mempunyai anak istimewa, sesungguhnya dia telah memberikan sepenuh inspirasi kepada saya untuk meningkatkan cita-cita untuk memajukan diri. Demi anak-anak, saya harus kuat untuk mengubah nasib keluarga. Anak-anak saya berhak untuk mendapat peluang menjadi luar biasa, dan ia bermula dari ibu bapa mereka. Oleh itu saya tak kisah berjaga malam, tak cukup tidur demi sebuah impian yang kami lakar bersama.

Kadang-kadang saya terbabas juga. Maklumlah bila kepala dan sendat, kadang-kadang melimpah. Mujurlah suami seorang yang sangat memahami dan amat menyokong saya. Beliau menggalakkan saya terus bekerja menuju cita2 menjadi seorang jurutera professional, dan mengejar 'passion' saya sebagai seorang entrepreneur, di samping menjadi ibu yang mithali.


Oleh itu, saya harap saya dapat memiliki buku 'Bawa Hatimu Kepada Tuhan' supaya walau apa pun saya, sya tetap menjadi hamba Allah yang beriman dan taat pada-Nya.

2 comments:

maya amir said...

saya percaya die mampu m'capai cita2 luar biasanya:)

Anonymous said...

Salam,
besarnya pengorbana seorang ibu...=)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin