Saturday, February 20, 2010

Inilah pilihan saya, anda bagaimana?

Salam hari Sabtu bersamaa 20 Februari 2010.


Sudah lama saya tidak membebel di sini. Dalam 20 hari bulan ke dua tahun 2010 ini, saya mengalami pelbagai rencah kehidupan yang seronok, santai dan juga mengujakan. Banyak perkara baru yang memberikan satu mood inspirasi agar terus melangkah.

Melangkah kerana naluri dan gambaran minda saya sudah bersatu dan mengatakan, teruskan, teruskan. Maka saya perlu teruskan tanpa was-was. Semoga perjalanan kalian juga begitu. Walaupun ada tangan-tangan yang kurang murni kadangkala nakal cuba menguis-nguis dan menarik-narik agar saya meninggalkan trek. Tidak sama sekali, ini adalah pilihan saya sejak saya muda mudi dahulu lagi.

Kita buat bukan kerana ikutan. Kita lakukan kerana ianya adalah matlamat kehidupan dan ianya tidak mungkin atau sesiapa pun tahu apa perancangan kita yang sebenar.

Mengapa ya, saya berkata demikian?

Kadangkala kita akan menemui orang yang salah, sebelum kita menemui orang yang betul. Kadangkala Tuhan sudah ciptakan buat diri kita teman-teman yang pelbagai rupa, agar kita berfikir apa kebaikan yang boleh kita ambil daripada teman tadi.

Ambil sahajalah yang perlu dan tinggalkan yang tidak perlu. Ianya menyesakkan fikiran sahaja.

Saya ini orang yang mudah sahaja, tetapi dalam pada mudah itu, ada juga sikap yang tidak dapat ditafsir oleh orang lain. Bunyinya macam hebat, tetapi sebenarnya tiada yang hebat pun.

Saya adalah wanita yang mencari keredhaan Allah melalui jalan yang saya pilih. Sehingga pada satu hari nanti apabila saya disoal, adakah tugas sebagai isteri, anak, ibu dan ahli masyarakat telah sempurna saya laksanakan. Inilah peranan berat yang perlu dilaksanakan sesempurna mungkin, berjaya atau tidak itulah sedang diusahakan.

Tugas hakiki seorang wanita yang sudah berkahwin sudah tentunya adalah peranan utama sebagai isteri kepada pasangan yang sudah dipilih. Jadi tak perlulah sibuk-sibuk mengambil peranan lain, sekiranya peranan ini pun saya masih terkial-kial untuk menyempurnakannya, apatah lagi peranan yang lain.
Apalah daya saya sebagai wanita, tidak mahu melihat keindahan dunia semata-mata, tetapi cuba mahu melunaskan tanggungjawab yang ada ini sebaiknya.

Sekarang usia sudah 30,saya tidak tahu bilakah tarikh sebenar kematian. Jadi sebelum mata tertutup rapat, semoga saya dipermudahkan menyelesaikan apa yang sepatutnya diselesaikan.

Teruskan perjuangan

Dahulu sebelum saya menjejakkan kaki ke universiti, saya sering berfikir apa pekerjaan yang membolehkan saya sentisa bersama keluarga. Pada masa tersebut hanya tergambar menguruskan pusat jagaan kanak-kanak. Jauh benar akal merancang, maksudnya sambil menjaga anak saya saya masih menjaga kanak-kanak yang lain. Masih menjana pendapatan walau hanya berada di rumah.

Belum popular lagi pada masa tersebut istilah bekerja dari rumah. Sepanjang memulakan kerjaya, saya masih mencari peluang yang sesuai dengan kehendak saya. Masih mencari dan mencari. Selama beberapa tahun barulah saya bertemu jawapan selepas diuji dengan ujian yang kecil. Kesabaran, pengalaman menjadikan kita lebih matang dan tahu apa sebenarnya tujuan kehidupan dan tahu apa sebenarnya yang memberi kebahagian kepada diri sendiri.

Disebabkan diri saya ini tidak mahu serabut dengan suasana birokrasi, kesesakan jalan raya dan juga manusia-manusia yang suka berfikiran negatif dan berkata buruk sangka sepanjang masa. Aduhai, tidaklah saya mengatakan saya wanita yang terlalu sempurna, saya masih punya kelemahan diri. Disebabkan itulah tempat paling baik adalah di rumah sendiri. Bahagia bersama anak-anak lebih baik daripada meleyan kerenah teman yang pelbagai. Rumahku syurgaku, itulah jawapan muktamad.

Salam penuh kasih sayang
www.masayuahmad.com

4 comments:

zarin said...

agree with u :)
kupilih untuk melayan kerenah anak dan suami dari melayan kerenah teman teman sepejabat :)

UstazCahaya said...

Salam Kak Mas.

Saya suka nak quote yang ni:

"Kadangkala kita akan menemui orang yang salah, sebelum kita menemui orang yang betul. Kadangkala Tuhan sudah ciptakan buat diri kita teman-teman yang pelbagai rupa, agar kita berfikir apa kebaikan yang boleh kita ambil daripada teman tadi."

Semoga maju jaya, Amin;-)

Masayu Ahmad said...

zarin

ya, kita tidak perlu buat keputusan kerana orang lain, kerana kita lebih tahu aturan hidup yang bagaimana yang kita mahukan ;D

ustaz

kadangkalan kak mas suka ambil pendekatan tak payah fikir apabila menemui gelagat manusian yang pelbagai perkara,

mudahkan perkara yang kusut

jauhkan daripada fikiran serabut

ustaz masih lagi bercahaya pada pandangan kak mas ;D

Hida Naza said...

baguslah kak mas, dari universiti dah fikir begitu. saya bila dah ada anak baru fikir nak jadi wahm. mungkin istilah wahm dulu2 tak pernah dengar..maka tak terfikir. kalau lah saya tahu awal...mungkin saya akan pilih jurusan yang sesuai. apakan daya, skill saya yang ada sekarang perlu bekerja dengan orang lain. )-:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin