Menjalani rutin harian dengan senarai keutamaan yang perlu diselaras, disesuai dan diselesaikan dengan edaran masa 24 jam sahaja. Ada senarai yang menuntut anda untuk segera diselesaikan, ada boleh ditangguhkan dan ada perlu diselesaikan sehingga tarikh akhir.
Namanya surirumah, kerja tidak pernah selesai dan seharusnya kemahiran penguasaan masa perlu dilatih dan dikuasai.
Senarai tugasan harian
Senarai kerja boleh ditulis dan dicatat pada malam hari atau anda menulis dalam jadual untuk seminggu atau sebulan. Sekiranya anda bekerja jadual kerja sudah dirangka untuk tempoh setahun (12 bulan), jadual bulanan, mingguan, harian dan jam.
Ini sangat memudahkan anda merangka dan bertindak mengikut aturan dan perancangan. Namun jadual boleh fleksibel mengikut keutamaan dan kes-kes kecemasan.
Pelbagai tugas serentak dalam tempoh masa
Kemahiran melakukan tugas serentak dan kemampuan melakukan pelbagai tugas membolehkan anda menguruskan rumahtangga dengan lebih cekap. Latihan demi latihan dan seni memahirkan diri perlu ada bagi seorang surirumah.
Contohnya kebolehan memasak, mengemas dan menguruskan pakaian kotor serentak pada tempoh 15 hingga 30 minit. Cuba catat beberapa tugasan rumahtangga yang ingin anda selesaikan dalam tempoh 30 minit. Mula tugas anda dan setkan masa, dan lihat kembali prestasi anda selepas tugasan selesai. Jika kurang produktif anda masih boleh mencuba sehingga berpuashati.
2 comments:
alangkah bagus leh jadik cam robot kan? sume keja siap cpt..heheh..
maya
robot kalau penat terus rosak
kita terus pengsan sebab penat ;D
Post a Comment