Thursday, February 25, 2010

Sibuk atau terperangkap dengan kesibukan-tips buat wanita sibuk

Teks: Masayu Ahmad

Pengurusan masa bagi wanita yang berstatus ibu, pekerja, isteri dan anak antara perkara yang tidak boleh diambil mudah. Surirumah sepenuh masa mahupun wanita bekerjaya perlu mempunyai matlamat untuk mengurus dan mempunyai aturan sepatutnya setiap hari.

Ramai wanita yang berjuang untuk menyempurnakan peranan mereka dalam tempoh rutin harian yang kadangkala begitu memenatkan.

Menyempurnkan peranan sebagai ibu, isteri dan pekerja kadangkala memberikan tekananan fizikal dan mental yang cukup meletihkan. Justeru pengurusan masa yang tepat memberi ruang kepada wanita untuk memberi ruang berehat kepada diri sendiri dan pada masa yang sama mampu berkongsi masa berkualiti bersama keluarga.

Urus secara  teratur

Membiarkan diri dalam kesibukan atau mengurus kesibukan mengikut acuan sendiri. Sudah tentunya anda boleh mengenalpasti senarai keutamaan setiap hari, agar anda tidak terperangkap dengan kesibukan yang tidak sepatutnya.
 
Anda boleh mengurus kerja dan urusan keluarga mengikut kriteria penting dan tidak penting. Jangan membiarkan kesibukan kurang penting mendominasi masa 24 jam anda. Pilih dan tentukan yang benar-benar memberi manfaat buat diri dan keluarga.

No comments:

There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin