Sumber: http://srppdbd.blogspot.com/2010/02/pendaftaran-murid-ke-tahun-1-sesi-2011.html
Pendaftaran Murid ke Tahun 1 Sesi 2011 dan 2012
1. Mulai 01 Mac 2010 - 31 Mac 2010 Pendaftaran Terbuka terus di Sekolah-Sekolah.
2. Bagi Kanak-Kanak yang lahir pada 2/1/2004 hingga 1/1/2005 untuk sesi persekolahan tahun 2011.
3. Bagi yang lahir pada 2/1/2005 hingga 15/1/2005 boleh memohon belajar awal dengan syarat mengisi Borang Permohonan Belajar Awal.
4. Pendaftaran juga terbuka untuk kanak-kanak yang lahir pada 2/1/2005 hingga 1/1/2006 untuk sesi persekolah tahun 2012.
5. Sila rujuk perincian dalam pekeliling JPNPP (REN) 800-2(1)bertarikh 02 Februari 2010 yang telah diedarkan ke semua sekolah.
6. Waktu Pendaftaran = Waktu Pejabat.
7. Warganegara Malaysia sahaja. Sila semak taraf Kewarganegaraan Kanak-Kanak sebelum mendaftar dan failkan satu salinan Sijil Lahir.
8. Bagi Bukan Warganegara, sila urus dengan Unit Perhubungan dan Pendaftaran, JPN Pulau Pinang.
9. Sekolah-Sekolah diingatkan supaya mengisi maklumat pendaftaran dalam Aplikasi SMM D0 versi 4.01 dikemaskini. Laporan Rumusan Pendaftaran ke Tahun 1 serta data D0 dihantar ke PPD pada awal bulan Mei 2010.
10. Data D0 hendaklah di upload melalui link yang terdapat di sebelah kanan laman ini.
Nota: Hakim lahir 29 11 2005, jadinya berkait dengan perkara nombor 4. Lagi dua tahun persediaan saya sebelum Hakim mula sekolah. Persediaan mental dan fizikal, menyusul selepas Hakim ialah Arif dan Aiman mungkin saya juga sudah bersedia untuk hamil lagi. Lagi dua tahun tempoh untuk saya kerja keras dari sekarang.
Cepat sungguh masa bergerak, anak sudah mahu sekolah. Laju, laju buai ku laju.
No comments:
Post a Comment