Starting and running a business requires considerable energy and the ability to focus on your objectives. Long hours will be required which, if you are already employed full time, quickly takes its toll. A high-energy level is a must.Rujukan: Muka surat 11, judul The small business start-up guide, tulisan Robert Sullivan
If you know in your heart that you’re a ball of fire, but just can’t get off the couch in the evening, you might want to look into your diet and exercise programs. Note at what times of day you are at your best. Some of us are “morning people” anda others are “night people.” A morning person migtht not do well running a business that requires late hours anda conversely, a night person should not consider an early morning delivery business
-By Robert Sullivan-
Ulasan
Saya rasa saya waktu produktif saya adalah fleksibel, jika mahu produktif awal pagi maka malam hari perlu tidur awal. Sekiranya mahu lancar menulis malam hari, maka siang hari perlu ada istirehat dan tidur sebentar waktu tengahari. Bagaimana dengan kalian?
Boleh juga mengikut pandangan dan cara bekerja yang disarankan dan digariskan Islam, sudah ada pengurusan waktu yang sesuai mengikut waktu solat, waktu rehat. Juga saranan malam hari untuk beribadat dan siang hari untuk bekerja (saya perlu semak semula nota tentang petikan ayat berkaitan ini).
Antara lain, sekiranya sudah berstatus usahawan masih perlu ada keseimbangan dalam segala segi. Rehat, riadah, keluarga, diri sendiri. Pada masa yang sama mereka yang memiliki kekuatan minda dan fizikal adalah mereka yang sesuai dan sanggup menghadapi dunia bisnes yang penuh cabaran. Apapun persediaan adalah kunci utama selain strategi dan perancangan yang tepat.
Jika ada kelapangan akan saya ulas lagi tentang petikan ini.
2 comments:
salam mas.
kakchik rasa kakchik jenis yang 'high energy' sebab tu kalau tak sihat sikit dan terpaksa bercuti, kakchik rasa tak senang duduk.
kakchik perlu bergerak dan melakukan sesuatu.
waktu produktif kakchik bermula sebelum Subuh hingga tengahari, bila petang kakchik kena buat banyak urusan luar agar tidak mengantuk.
rehat 5 jam di malam hari sudah cukup bagi kakchik.
salam kak chik
saya rasa kadar produktif saya fleksibel, kadang boleh laju waktu pagi, kadangkala petang hari..
tapi saya suka tengok kak chik, penuh aktiviti, boleh urus banyak perkara serentak ;D
Post a Comment