Saturday, February 20, 2010

Memori nasi berlauk, siri 3



Teks: Masayu Ahmad

Haruman nasi lemak daun pandan mula menyengat pada deria hidung. Kemudian disusuli dengan gulai ayam dan ikan yang dipanaskan. Ianya bercampur-campur dengan kelentang-kelentung di kedai.

Seawal jam 4 pagi emak sudah bangun untuk memanaskan lauk-pauk jualan, memasak nasi, menjerang air. Apabila jam menginjak subuh hari kedengaran azan subuh berkumandang. Rutin saya pula mengantikan emak untuk turun membantu di kedai. Ayah seperti biasa mula membuka papan-papan yang tersusun sebagai penutup ruangan jualan.

Emak naik untuk solat dan saya pula turun ke kedai untuk meneruskan rutin. Sudah ada beberapa orang nelayan dan kanak-kanak sekolah menanti untuk membeli sarapan.

Ayah melayan Kak Nab yang menghantar donut dan roti goreng. Bau daun pisang yang membalut pulut panggang juga sudah ada ianya dibuat oleh Mok Noh. Tinggal beberapa jenis kuih lagi belum sampai. Setengah jam kemudian ruangan berjualan di hadapan sudah penuh dengan kuih muih. Di satu sudut pula, susunan peruk yang mengandungi gulai ayam, gulai ikan, lauk-pauk nasi lemak, budu, ulaman untuk nasi kerabu, daging dan ayam goreng. Juga ada bekas yang mengisi nasi putih, nasi lemak, nasi kerabu berwarna biru, dan juga keropok keping.

Saya mula membungkus nasi lemak, nasi kerabu, nasi berlauk seberapa pantas yang boleh. Pesanan bagi seorang nelayan biasanya tiga atau empat bungkus sebagai bekalan untuk turun ke laut.

Kemudiannya saya dibantu oleh kakak. Kami sama-sama membungkus nasi pesanan pelanggan. Kini semakin ramai, anak-anak sekolah, pekerja kilang, pekerja pejabat dan suri rumah. Para nelayan sudah hampir tiada, kerana sudah berduyun-duyun ke pantai atau kuala.

Baju sekolah yang saya pakai juga sudah berbau nasi berlauk. Saya bersegera menyiapkan beberapa bungkus nasi berlauk dan nasi kerabu pesanan teman sekolah. Sambil itu juga tangan sempat meraba dalam bekas duit mengambil wang lima ringgit sebagai belanja sekolah.

Saya meninggalkan kakak dan emak untuk meneruskan rutin berjualan di kedai yang hanya bersebelahan rumah sahaja.

Bersambung... (siri 2 belum lagi ;D)

4 comments:

maya amir said...

nasi kerabu fevret saya..perghh terliur nih:)

Normi Hj Mat Yusof said...

nasik belauk n nasik kerabu ginilah yg sgt saya rindui skrg bila jauh dr tanah kelate....etok pun dirindui,budu apatah lagi.

kak mas kelate ke?... oghe mana?

Masayu Ahmad said...

maya

saya pun sudah lama tidak buat nasi kerabu, tapi nasi berlauk baru buat hari ini

normi

rumah saya stok budu sentiasa ada, kelate sejati..

kak mas asal bachok, pantai irama

Zaila Mohamad said...

Salam perkenalan dari Zaila..saya baru sahaja di sini namun Zaila begitu meminati penulisan akak, Zaila pun orang Kelate jugok, asal dr Beris Kubur Besar, Bachok..juga bercita2 untuk menjadi seorang WAHM satu hari nanti;)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin