Teks: Masayu Ahmad
Mengapa bayar lebih pada kualiti yang sama. Merancang adalah lebih baik daripada mengikut sahaja naluri. Dalam hal beli belah wanita sangat sukar untuk mengikat nafsu membeli. Tetapi pasti ada cara yang boleh membantu kita lebih berjimat.
Dalam kalender setahun, anda sudah dapat mengenalpasti:
1. Musim perayaan-Lebih baik membeli awal daripada terkena perang harga dan anda berbelanja tanpa keperluan.
2. Musim persekolahan- Sudah tentu boleh mengenalpasti daripada awal apa keperluan yang perlu anda sediakan.
3. Musim percutian. Jika tidak ada wang tidak perlulah sibuk bercuti. Bercuti dengan menggunakan kad kredit lebih membahayakan kesihatan kewangan anda, mudah nanti anda terkena serangan sakit jantung jika tidak pandai menggurus kad hutang ini.
Kaedah pembelian menjimatkan.
1. Tawar harga selagi boleh tawar. Kadangkala sangat pelik harga dua kali ganda boleh ditawarkan separuh harga. Maksudnya, anda jangan mudah tertipu dengan harga yang mahal, jadilah pembeli berhemah.
2. Beli masa musim jualan gudang. Gunakan sepenuhnya kemudahan maklumat di hujung jari. Keperluan anak-anak kecil, keperluan rumahtangga dapat diperolehi dengan harga yang jauh lebih murah pada harga jualan gudang.
3. Pembelian pada pertengahan bulan. Sangat seronok membeli belah pada waktu pasaraya lenggang, tanpa perlu bersesak, beratur dan kadangkala anda tetap dapat harga runtuh.
Antara rutin pembelian yang saya suka ialah beli pada pertengahan bulan, jika ke Jalan TAR, sangatlah suka, kadangkala dapat harga yang tidak masuk akal. Disebabkan tiada pembeli dan pertengahan bulan, penjual berebut-rebut menurunkan harga.
Beli ketika tidak ramai pelanggan. Maksudnya hari bekerja, anda boleh mengambil cuti pada hari bekerja. Terutama untuk pembelian yang banyak seperti persediaan musim perayaan dan persekolahan.
Untuk surirumah dan wanita yang bekerja dari rumah inilah kelebihan yang boleh anda gunakan. Tidak perlu bersesak dengan pengunjung yang ramai, anda lebih selesa memilih dan bergerak. Masa tidak terbuang begitu sahaja.
No comments:
Post a Comment