Monday, February 8, 2010

Rahsia Menjadi Jurujual Berjaya-buku menarik untuk dimiliki

Judul: Mengajar Jurujual Menari


Sub-Title: Rahsia Menjadi Jurujual Berjaya

Buku ini akan membantu jurujual memahami konsep dan proses jualan secara bersemuka. Ia juga amat berguna untuk mereka yang ingin menceburkan diri dalam bidang kejurujualan kerana konsep yang diketengahkan di dalam buku ini merupakan konsep yang mementingkan pendekatan ‘menang-menang’ di antara jurujual dengan pelanggan.

Kenali Penulis:

Zamri Aminuddin adalah pengarang buku Mengapa Gagal Menjual. Beliau bertugas sebagai Pengurus di Pusat Pendidikan Berterusan UIAM (ICCE) dan terlibat secara langsung dengan produk-produk akademik dan latihan pusat berkenaan. Berkelulusan dalam bidang perakaunan dari Institut Teknologi MARA dan Universiti Utara Malaysia. Beliau telah melibatkan diri dalam bidang jualan lebih dari 12 tahun. Zamri Aminuddin bergiat cergas dalam memberikan kursus-kursus dan seminar berkaitan kejurujualan dan sering dipanggil untuk memberikan input bagi memantapkan aspek jualan dalam organisasi perniagaan.

Isi Kandungan:

Anda Fikir Anda Boleh Menari?

BAHAGIAN I – JUALAN, JURUJUAL DAN PELANGGAN


JUALAN

Antara Jualan dan Tarian
Kerjaya dalam Jualan
Berkenaan Jualan
Jualan Sebagai Satu Perkhidmatan
Daripada Mana Jualan Terhasil?
Membina Nilai dalam Jualan


JURUJUAL

Kategori Jurujual
Apa Sebenarnya Yang Anda Jual?
Berapa Banyak Anda Perlu Jual?
Menjadi Jurujual Yang Baik Dan Berjaya
Ubah Persepsi Anda
Membina Kepercayaan
Prinsip Penting Semasa Menjual

PELANGGAN

Mengapa Pelanggan Membeli?
Pelanggan dan Masalah
Keperluan dan Kehendak Manusia
Bagaimana Pelanggan Membuat Keputusan Membeli?
Elemen-Elemen Kebolehpercayaan


BAHAGIAN II – PROSES JUALAN


MENCARI PETUNJUK

Mencari Petunjuk Jualan
Bagaimana Mencari Petunjuk?
Menapis Petunjuk
Pelanggan Sedia Ada Adalah Petunjuk Terbaik Anda

MEMBUAT PANGGILAN
Bersedia Membuat Panggilan
Kaedah Membuat Panggilan
Tip-Tip Membuat Panggilan
Menangani Alasan Semasa Membuat Panggilan


MEMBUAT TEMU JANJI

Bersedia Untuk Temu Janji
Pendekatan Penting Semasa Temu Janji
Belajar Bertanya dan Mendengar
Soalan Yang Perlu Anda Tanya
Bertanyakan Soalan Yang Betul dan Tepat

MEMBUAT PERSEMBAHAN

Bersedia Membuat Persembahan
Antara Ciri-Ciri Produk dan Manfaatnya
Stail Persembahan

MENDAPATKAN JUALAN

Bersedia Mendapatkan Jualan
Bertanyalah Untuk Mendapatkan Jualan
Penolakan (Rejection)
Menangani Masalah Harga
Psikologi Penolakan


Nota: Saya sedang merisik-risik buku ini sebagai salah satu buku untuk peraduan inspirasi seterusnya. Sudah ada  petanda postif daripada penulisnya.

Mahukah kalian memiliki buku ini secara percuma?

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin