Friday, February 5, 2010

Bisikan naluri selalunya tepat

Teks: Masayu Ahmad

Sejak dua menjak ini, hati saya selalu teringatkan ayahanda di kampung. Selalu mendesak-desak supaya sentiasa pulang ke kampung. Doa saya seusai solat, moga dipanjangkan usia ayah, agar saya masih berkesempatan untuk berbakti.

Ditambah pula ingatan semasa pulang ke kampung beberapa bulan yang lalu, melihat keuzurannya, sebenarnya membuatkan saya tidak sampai hati. Melihat ayah berjalan tidak secergas dulu, dan raut wajahnya menafsirkan banyak perkara. Saya sangat faham akan keadaannya. Saya selalu berfikir, apalah daya seorang anak yang tidak mampu membahagiakan orang tua. Saya akui kelemahan yang ada.

Apakan daya saya. sebagai seorang isteri yang punya tanggungjawab di sini. Saya selalu memikirkan bagaimanan cara  memujuk ayah agar tinggal sahaja di sini. Biarlah saya sahaja menjaga. Lantaran dulu saya sangat kempunan menjaga emak, hati sememangnya sangat kecewa.

Melihatkan ayah, keadaan uzurnya semakin tidak konsisten. Ditambah semula semalam adik menyatakan ayah demam seminggu dan aktiviti ke masjid sudah tidak lagi dapat diikuti. Hati saya semakin lara. Hanya telefon dan celoteh kanak-kanak riang bertanya khabar datuk mereka, memberi sedikit ruang kegembiraan.

Pun begitu mungkin juga dia gembira kerana suasana di kampung dan jemaah masjid yang sentiasa meriah, itulah sahaja penawarnya. Namun saya dapat merasakan ada kekurangan dan dapat merasakan kesunyian ayah sejak pemergian arwah.

Beberapa minggu sudah, saya selalu berfikir dan naluri untuk menjaga ayah dirasakan cukup kuat. Saya sampaikan melalui adik bongsu agar memujuk ayah tinggal bersama saya.

Semalam adik menyampaikan berita tawaran pengajian di UITM. Alhamdulillah seolah-olah naluri saya direstui dan dimakbulkan

Melalui facebook, adik memberitahu ayah bersetuju tinggal bersama saya. Air mata saya jatuh mendengar persetujuan ayahanda. Biarpun saya ini banyak kekurangan, saya cuba sebaiknya menjadi anak yang baik.

Cuba memasak makanan kegemarannya walau tidak setanding arwah. Saya berdoa diberikan kesihatan yang baik agar dapat menyempurnakan khidmat bakti buah ayahanda. Sangat bersyukur dan berterima kasih atas persetujuan en.suami akan hasrat saya ini. Saya sedang merancang beberapa aktiviti agar ayahanda tidak cepat bosan berada di sini. Insya-Allah, semoga saya dipermudahkan.

7 comments:

Wan Anie said...

Alhamdulillah.. semoga dipermudahkan segala urusan... Mas tinggal di area mana yer...kemaman/kuantan

UstazCahaya said...

Salam ziarah, Kak Mas..

Saya juga ingin menjadi anak yang baik. Saya doakan semoga segala niat murni dan doa akak diperkenankan Allah, Amin.

Unknown said...

Salam Mas.
Sayu hati ini membaca tulisan Mas ni. Walaupun kedua ibu bapa kakchik masih ada tapi mereka juga sudah menjangkau 80an.
Bila fikir pasal ayah Mas, kakchik juga teringatkan ayah kakchik yang seolah2 masih menyara kami hingga ke hari ini. Sedihnya hati sebab tak mampu membalas budi mereka sebaik mungkin.
Kakchik gembira ayah Mas setuju. Semoga dia mendapat hidup yang lebih tenang dan gembira bersama Mas tapi orang tua paling ptg bg mereka ialah masjid dan teman2 di situ.

Zaidah Sikun said...

Salam, ayu..
Insya-Allah.. niat yang baik tentu akan dipermudahkn Allah. Smoga ko sekeluarga dan ayahanda tersayang dirahmati Allah selalu hendaknya.

Amiin...

Hida Naza said...

alhamdulillah..tidak semua org berkesempatan menjaga org tua mereka.

Masayu Ahmad said...

wan anie

saya asal bachok kelantan

ustaz

terima kasih, amin-amin

kak chik

kak chik bernasib baik sebab keduanya masih ada, tinggalnya berdekatan

moga doa saya cepat dimakbulkan untuk pulang menetap di kelantan

kena usaha lebih gigih lagi

Masayu Ahmad said...

jai

terima kasih sahaja, moga segalanya dipermudahkan

hida

terima kasih ida, kak mas ini masih berusaha jadi anak yang bertanggungjawab

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin