Pack Me Love bermula setelah hampir setiap hari kami menyediakan juadah pagi untuk dijadikan bekalan yang kadang kala dibawa ke waktu makan tengahari mahupun minum petang :P, penyediaan yang mudah, menggunakan bahan segar dan menyelerakan membuatkan kami ingin berkongsi rasa dengan kawan-kawan.
Belum sebulan kami beroperasi, permintaan untuk bekalan harian sangat memberangsangkan. Oleh kerana kami masih terikat dengan waktu pejabat, penyediaan menu adalah terhad dan kami lebih menumpukan kepada bekalan sarapan pagi, minum petang & juga menu ringan untuk majlis keramaian di hari minggu.
Menu Sarapan Pagi:
Bihun Goreng, Mee Goreng, Nasi Goreng, Nasi Lemak, Sandwich, Frank Roll, Cekodok Pisang & Cucur Ikan Bilis
Dengan harga yang berpatutan menu harian boleh didapati di stesen minyak Esso Taman Maluri dan Esso Ampang (berdekatan APSH) dan untuk yang bekerja disekitar KLCC penghantaran percuma pada hari Selasa dan Jumaat setiap minggu
Menu untuk Majlis & Minum Petang:
Bihun, Mee dan Kuew Tiau Goreng; Curry Mee, Fried Macaroni, Spagetti, Beef Stew, Mashie & Coleslaw, Chicken Wings, minuman Jelly beserta menu sampingan seperti Mini Sandwich dan Pasta
Pack Me Love akan mengadakan promosi sempena pembukaan dapur kami :P, sila email ke elysuhaili@yahoo.com sekiranya ingin membuat tempahan dan juga untuk mendapatkan jemputan ke Food Tasting Day kami nanti.
Thanks Love.
Ely Suhaili
Ulasan
1. Ingat tak lagi entri promosi saya tentang kisah mak cik nasi kerabu, mak cik nasi berlauk dan kak Ana penjual kuih. Apakah kriteria utama yang ada persamaan dengan bisnes jualan menu seperti di atas. Bidangnya adalah sama iaitu masakan, fokus produknya ialah jualan menu untuk sarapan, petang dan juga keraian. Apa yang membezakannya dan keunikannya ialah, perlu tahu lokasi sasaran untuk jualan dan kaedah promosi trend masa kini menggunakan pemasaran internet untuk bisnes skala kecil
2. Bagi mereka yang sudah memberikan saya nama bisnes iaitu 20 bisnes skala kecil dari rumah yang mahu turut serta, ini adalah latihan seterusnya. Kalian diminta menyiapkan entri promosi berkenaan bisnes anda sebagaimana contoh di atas.
3. 20 bisnes ini adalah terlibat dalam salah satu projek penulisan saya yang sedang saya siapkan. Saya namakan projek penulisan C.
4. Jika kalian perasan untuk soalan-soalan asas yang saya kemukakan di dalam peraduan buku inspirasi yang pertama adalah soalan temuramah saya secara online untuk dimasukkan di dalam salah satu projek penulisan pertama. Ianya sudah siap di pihak saya, saya masih menunggu perkembangannya daripada pihak penerbit. Kesemua mereka yang terlibat dan menyertai peraduan tersebut sudah terpilih dalam projek penulisan A.
1 comment:
thank you Mas, sorry amik masa lama sgt lah nak submit kat Mas.. rasenye main obstacle nk hantar ialah ketiadaan idea untuk menulis.. :P malu juga kalu org tau time SPM saya dlm A1 utk BM, dah la dpt A1 saya adalah the only student yg score A1 utk BM even best student pon dpt A2 haha tapi saya tak amik course penulisan jadi pengecualian lah tu.. :P
Post a Comment