Teori masa empat tempoh, saya namakan teori masayu (suka hati je kan nak letak teori ;D)
• Tetapkan sasaran kerja harian, sama ada kerja rumahtangga, urusan anak-anak, urusan diri sendiri. Agihkan urusan kerja mengikut jadual kerja empat tempoh.
• Jadual kerja empat tempoh ialah agihan 6 jam untuk setiap tahap. Maksudnya ada empat tahap dalam kalender masa 24 jam sehari. Tentukan bermula bangun pagi hingga anda selesai untuk hari tersebut.( 6 jam X 4 tempoh)
• Pastikan anda membuat senarai kerja setiapnya seimbang untuk diselesaikan setiap hari.
• Agihan kerja berdasarkan keperluan segera, tidak segera, boleh ditangguh.
• Pastikan anda pandai mencuri masa rehat untuk diri sendiri.
• Jangan mudah stress melihat rumah berselerak dan anak-anak minta perhatian serentak. Tarik nafas buat senarai, atau segera buat satu persatu.
• Kadangkala apabila terlalu penat, tangguhkan dulu, rehat seketika dan kembali semula dengan rutin sibuk.
• Anda perlu tahu setakat mana kemampuan dan sasaran mahu dicapai.
• Apabila terlalu penat, berkongsi dengan suami, mintalah bantuan terutama hari minggu, mohon cuti menguruskan anak-anak. Biar suami sahaja yang uruskan.
• Antara zikir yang disarankan Rasulullah kepada salah isteri baginda yang mengadu penat menguruskan rumahtangga. Subhanallah, Allhamdulillah, Allahuakbar, ketika mahu tidur. Hilang segala kepenatan seharian dengan limpahan kasih sayang Allah.
Nota: Saya sekarang sedang bergelumang dengan buku-buku pengurusan masa untuk surirumah dan wanita bekerjaya. Lebih banyak tips pengurusan masa akan saya kongsi. Inilah membuatkan saya tidak cukup masa 24 jam. 10 buku sedang dan dalam proses dikhatamkan dengan kadar segera, dan berpuluh lagi sedang menunggu masa untuk dibaca dan dihadam. Sekarang ni, kalau boleh mahu baca buku sahaja tanpa perlu fikir hal-hal rumahtangga (inilah impian saya dalam tempoh ini ;D, sungguh nakal impian saya ini)
4 comments:
boleh kongsi tajuk buku2 tu? nak baca jugak....
wohhhh.....aku pon dah start kena bgelumang dgn buku jugak nih....chayok beb!
kekek..nakal laa impian tuh..hahah
alicesona
selalulah ke sini, saya cuba buat entri buku pilihan
vogue
silalah bergelumang, pasti tidak keruan, ibarat berdating masa bulan madu rasanya
maya amir
memang nakal!
Post a Comment