Friday, February 5, 2010
Minggu yang penuh cabaran
Teks: Masayu Ahmad
Selepas suami demam dan selsema, maka seisi rumah juga berjangkit. Sangatlah tidak sihat, memandangkan minggu ini saya ada beberapa senarai segera yang perlu diselesaikan. Sepanjang minggu yang tidak sihat, saya cuba juga mengerahkan otak agar berjalan seperti biasa. Panadol menjadi peneman setia, agar saya kekal konsisten berjaga.
Akhirnya semalam saya tewas juga, jam 12 saya sudah pengsan. Bangun pagi ini barulah rasa segar semula. Saya perlu cergas dan kekal bertenaga, mahu menyiapakan tugasan segera.
Nasib baik sewaktu Aiman demam, tidak banyak ragamnya. Tetapi Aima hanya mahu saya menemankan dia tidur. Hati tak senang kerja belum siap. Rupanya bukan kelurga sahaja yang tidak sihat, ramai juga ibu yang mengadu demam minggu ini. Alahai.
Dateline oh dateline. Buat hati semakin gusar.
Labels:
Catatan Harian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
i pun baru terkena selsema nih, hasya baru baik..hmmm cuaca agak tidak menentu kan!
anak2 saya pun huru hara kesihatan sekarang... dtg dengan pakej demam, batuk, selsema segala..
salam alaik mas.
tak sangka masa sekeluarga pun demam. kat rumah kakchik ni pun dah hampir satu rumah dapat demam selsema. yang kesiannya budak2lah, tak dapat tidur.
kakchik doakan mas dan keluarga beransur sihat ya.
zarin
tu lah, lama dah tak merasa selsema,
sekali dapat dengan pakej2 ;D
wan anie
saya ingat kami je imuniti tak kuat, rupanya ramai yg mengalami
kak chik
salam kak, musim agaknya
dari kl sampai ke kelantan merebak hehe;D
Post a Comment