Monday, February 8, 2010

Sesi pencerahan ilmu


Saya menyerap aura individu-individu hebat. Terasa kerdil diri ini.

Teks: Puan Ainon Mohd (Sifu PTS)
Usia seseorang editor buku itu mempunyai pengaruhnya ke atas penulis-penulis yang bukunya diterbitkan oleh editor itu. Sudah menjadi lumrah alam, orang muda suka bekerja dengan orang muda. Pola tingkah laku inilah yang dapat kita perhatikan berlaku di rumah-rumah penerbitan, dan PTS tidak terlepas daripada kesannya.

Di rumah penerbitan yang established seperti Dewan Bahasa dan Pustaka, purata usia editornya lebih 40 tahun, maka mereka lebih cenderung menjalin hubungan dengan penulis-penulis sebaya dengan mereka.

Disebabkan usia purata editor PTS adalah antara 26 - 28 tahun, maka tidak hairanlah mereka lebih cenderung menjalin hubungan dengan penulis-penulis muda yang sebaya dengan mereka sendiri. Statistik penulis PTS menunjukkan lebih 70% adalah terdiri daripada mereka yang di bawah 40 tahun.

Keadaan seperti ini memerlukan penulis-penulis yang lebih dewasa supaya memiliki kemahiran bekerjasama dengan editor yang masih sangat muda. Tentu sekali pada waktu yang sama para editor yang muda-muda perlu belajar bekerjasama dengan penulis yang lebih dewasa.

Salah satu tingkah laku yang biasa berlaku apabila orang dewasa berkomunikasi dengan orang muda (yang seusia dengan anak-anak mereka sendiri), mereka cenderung bercakap menggunakan gaya mengajar-ajar dan menasihati. Gaya ini mesti dielakkan kerana ia tidak mencipta iklim komunikasi yang menyeronokkan hati editor yang masih sangat muda usianya.

Nota: Foto menunjukkan editor PTS Tn. Irfan Jani (usia 26 tahun) memberi taklimat kepada kumpulan penulis di bawah kelolaan beliau. Daripada 8 orang itu, hanya seorang yang berusia matang. Beliau adalah Tn. Mohd Ali Berahim (berbaju batik). Yang lain semuanya dalam usia lewat 20-an.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin