Aiman di pangkuan Kak Yan (pengasuh Thailand). Kami merindui juga bekas pembantu saya dulu. Jika ada rezeki saya mahu menziarah Yan. Sudah hampir setahun Yan pulang ke kampung. Berat hati melepaskannya, Yan antara pembantu yang sangat rajin dan tidak ada kerenah.
Aiman sangat bertuah kerana dibesarkan di rumah ini, tidak pernah merasa terkejar-kejar di pagi hari menghantar ke pengasuh. Aiman celik mata, Kak Yan sudah siap sedia menjaga. Kini hampir 24 jam, 7 hari seminggu sentiasa bersama ibu. Mana boleg ditinggalkan walau separuh hari, ibu pasti mahu pulang segera, mahu peluk Aiman.
Aiman membesar, makin lucu dengan keletah dan mulutnya memang becok bertanya itu dan ini. Aiman sudah besar tanpa ibu sedar. Aiman, Aiman, tidak puas memeluk, mencium pipi gebumu. Sayang Aiman, sayang.
5 comments:
Selamat Ulang Tahun Kelahiran ke-2 Naufal Aiman! Anak sulung mas ya?
Kakchik doakan Aiman membesar dengan sihat di bawah jagaan dan didikan Ibu yang menyayangi dan prihatin terhadap masa depan Aiman.
InsyaAllah Aiman akan terdidik menjadi anak yang soleh dan taat pada Allah Taala.
happy birthday aiman! irfan will be 2 soon, rasa kejaaaaaaap sangat masa berlalu kan. huhuhu
http://twinkywinkystars.blogspot.com
Wahh Sami hujung bulan baru 2 tahun.. beshnye...
kak chik
terima kasih, amin,amin,amin
drama mama
salam perkenalan, nanti up date dalam 20 usahawan online ya! sila tengok entri terdahulu
ely,
samy sebaya aiman rupanya
Selamat Ulang Tahun Naufal Aiman. Semoga membesar menjadi anak yang soleh yang bakal menjadi seorang pemuda muslim yang baik, Amin;-)
Post a Comment