Friday, February 26, 2010

Pengurusan masa untuk wanita

Teks: Masayu Ahmad

Surirumah mahupun wanita bekerjaya tetap mempunyai rutin harian yang pelbagai. Menguruskan pelbagai perkara serentak atau setiap hari. Tuntutan waktu menyebabkan anda mengutamakan apa yang lebih penting agar tidak terperangkap dengan kerja bertangguh yang terlalu banyak pada satu masa.

Rutin harian wanita terutama yang sudah berkahwin tidak akan habis, ianya sentiasa berulang-ulang setiap hari, minggu dan seterusnya.Pengurusan masa dan kerja sangat perlu untuk membolehkan anda tetap efektif setiap hari. Berikut beberapa tips mengurus masa agar lebih sistematik.

Mengurus dan terurus

Sekecil-kecil perkara apabila menjadi kebiasaan akan menjadi lebih mudah. Mendisplinkan anak-anak mengemas tempat belajar selepas habis belajar, menjadikan satu kebiasaan, Ini tidak lagi membebankan ibu mengulangi kebiasaan mengemas perkara yang sama setiap hari, sedangkan anak-anak boleh membantu.

Rutin pagi yang sibuk

Apa keutamaan anda pada waktu pagi, sama ada menyediakan sarapan, menguruskan anak-anak ke sekolah atau mengemas rumah. Pilih yang mana lebih penting. Bangun awal sebelum anak-anak bangun memberi peluang kepada diri untuk lebih bersedia pada hari tersebut.

Rancang rutin anda

Biasakan mempunyai kalender masa dan kerja untuk setahun, sebulan, seminggu dan sehari. Sebelum tidur buat senarai kerja yang perlu dilakukan esok hari. Selepas seharian anda boleh menyemak semula senarai, adakah anda berjaya menyelesaikan segala urusan atau sebaliknya. Ianya membuatkan anda rasa teruja dan bertenaga apabila melihat banyak kerja yang mampu diselesaikan dalam putaran masa 24 jam.
Salam penuh kasih sayang,
Selamat berhujung minggu.

http://www.masayuahmad.com/

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin