Teks: Masayu Ahmad
Salam hari Isnin bersamaan 1 Mac 2010.
Pejam celik, pejam celik sudah mula memasuki bulan ke tiga untuk tahun ini, habis bulan ini kita mula ke suku tahun. Apa ya, yang sudah, sedang dan akan kalin rancang. Tidak kiralah untuk karier atau keluarga. Apa sasaran anda untuk tahun ini.
Bersama saya di blog ini untuk perkongsian maklumat berkaitan panduan bekerja di rumah. Sama ada anda belum bermula atau sudahpun bermula, sudah tentu ada matlamat yang ingin dicapai untuk tahun ini.
Segarkan kembali
Dalam dua bulan pertama ini sangat banyak cuti, terpulang kepada kalian untuk menikmati pengisian cuti yang sebaiknya. Mungkin bagi mereka yang sentiasa bekerja keras inilah masanya untuk berehat dan bersama keluarga.
Segarkan kembali perancangan dan matlamat, segarkan semula dengan mencatat menilai sasaran dan pencapaian. Sejauh mana gerak kerja dan tindakan anda. Maksudnya di sini sebelum awal tahun baru anda sudah merancang mahu bekerja sendiri, atau memulakan usaha menjana pendapatan di rumah.
Tindakan
Apa tarikh sebenar yang sudah kalian sasarkan untuk berhenti kerja. Apa jenis pekerjaan atau bisnes yang akan diusahakan kelak.
Mentor
Cari mentor dalam bidang pekerjaan atau bisnes yang anda pilih. Jika mahu bergiat dalam perniagaan internet, ianya sangat luas. Saya sendiri merasakan kini sudah semakin banyak info-info secara percuma yang boleh dibaca dan dimanfaatkan.
Laman web Irfan Khairi antara blog yang saya gemar baca. Bukan sahaja panduan, malah tips motivasi banyak sekali yang dikongsi. Ini adalah informasi maklumat yang boleh diperolehi tanpa membayar apa-apa. Hanya luangkan beberapa minit untuk membaca.
Saya suka membaca blog yang penuh informasi dengan mengkhatam keseluruhan entri, sama ada baca semula pada tahun mula, pertengahan atau mana-mana kategori. Baca berulang kali pun tidak mengapa, kadangkala ianya melekat di minda dan menjadi satu penggerak kepada usaha kita. Insya-Allah
Salam penuh kasih sayang
http://www.masayuahmad.com/
http://www.masayuahmad.blogspot.com/- Panduan Kesihatan & Kecantikan
http://www.naufalsayang.blogspot.com/- Panduan Bekerja Di Rumah
No comments:
Post a Comment