Followers

Sunday, August 23, 2009

Resipi sup sayur & ikan percik Kelantan

Sungguh pantas masa berlalu, hari ini sudah hari ke tiga Ramadhan. Saya akan kongsikan dua resipi untuk hari ini. Masih tumpang gambar cik google lah kaedahnya.
Dua resipi ini mudah dan senang sahaja, tidak menggunakan masa yang lama. Orang bujang juga boleh mencuba.

Ikan Percik Kelantan


Foto:badingkadink.blogspot.com

Bahan-bahan

Dua ekor ikan kembung (Dibakar)

Untuk kuah atau sos

1.8 Biji bawang merah
2.4 biji bawang putih
3.2 cm Halia
4.1 cm Kunyit (boleh juga guna kunyit kisar)
5.3 asam keping
6.2 batang serai
7.1 cawan santan pekat
8.½ cawan air


Cara membuat

1.Bawang merah, bawang putih, halia, kunyit dikisar
2.Masukkan santan atas api yang sederhana.
3.Masukkan semua bahan kisar, asam keping, serai yang diketuk dan air.
4.Kacau perlahan hingga mendidih. Masukkan garam dan gula secukup rasa
5.Sudah sedia untuk dituang atas ikan
6.Jika mahu kuah percik warna putih. Tidak perlu letak kunyit.

Sup sayur

Foto: http://preparednesspro.files.wordpress.com


1.4 biji bawang merah
2.2 biji bawang putih
3. 1 inci halia
4.4 potong isi ayam dipoting kecil(mengikut citarasa)
5.1 peket sup bunjut perencah mak siti
6.Sayuran (tomato, bugan kobis, kubis) terpulanglah pada citarasa
7.Air
8.Garam dan gula

Cara membuat

1.Potong bawang merah, bawang putih nipis-nipis
2.Panaskan minyak.
3.Masukkan bawang merah dan bawang putih hingga naik bau
4.Masukkan sup bunjut mak siti
5.Masukkan air dan ayam hingga mendidih
6.Masukkan semua sayur
7.Siap untuk dihidang, tabur bawang goreng, cili padi tumbuk dan perahan asam limau.

4 comments:

zarin said...

macam tau tau je saya tengah dok mencari resepi ikan percik..heee
nak tanya mak, dah berpuluh kali tanya tk ingat ingat lg..so ingat nk menggoogle aje
tetiba nampak ur post ni..tima kasih bebanyak..

Masayu Ahmad said...

selalu mcm tu kan..

aura zarin sampai ke sini

kuah tu boleh pakai utk tiga ekor ikan tu.. kira byk tu

vivavogue said...

wohhh...senang je buat percik rupanyaaaaa....

boleh try nih!

Masayu Ahmad said...

yer senang ajer

sila2

Share It

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin