Thursday, February 11, 2010

Jadual kerja baru dan rutin baru

Sudah dua hari ayahanda berada di sini. Saya sedang dan cuba mempelbagaikan aktiviti untuk ayah.
Keadaannya sihat, tetapi keuzuran lututnya yang sudah tidak segagah biasa. Ayah berjalan dengan keadaan lutut yang sakit. Nampaknya dia sudah boleh membiasakan diri. Tetapi mungkin dia akan rindu rutinnya untuk berjemaah di masjid. Saya masih cuba untuk memenuhi keperluan ayah setakat yang mampu. Masih mencuba dan memastikan dia gembira di sini.

Petang semalam saya bawa ayah ke Masjid Al-Azim di Pandan Indah, lokasi masjid tersebut bersebelahan dengan taman permainan dan juga kawasa lapang untuk aktiviti riadah. Nampaknya ayah gembira, kerana tidak tepu berada di rumah sahaja. Kanak-kanak riang apalagi sangat gembira dapat bermain. Saya mengambil kesempatan untuk berlari terkedek-kedek mengeluarkan peluh.

Kanak-kanak riang dipantau Puteri Arora. Kebetulan semalam Puteri Arora juga datang, jadi pagi ini saya meninggalkan kanak-kanak riang di rumah kerana ada urusan di Maju Junction.

Kononnya mahu membawa ayah pusing Kuala Lumpur dengan menaiki lrt, dan meninggalkan beliau sekejap di masjid. Kerana ayah mahu ikut, jadi saya fikirkan tempat sesuai sementara menanti saya selesai.

Sampai lrt Ampang sekitar jam 10, tempat meletakkan kenderaan sudah penuh, jadinya saya memutuskan untuk bawa kenderaan sahaja. Saya sebenarnya tidak suka untuk ke pusat bandaraya. Disebabkan sudah disematkan di minda, tidak suka, jadinya selalulah kenderaan saya tidak semena-mena melencong ke jalan yang tidak sepatutnya.

Sudah tersalah jalan, maka dalam kepala sudah berfikir dengan pantas, perancangan A, B, C. Mulanya sudah memasuki hentian Putra dan mahu memakir sahaja kereta di situ, tetapi saya teruskan niat dan meneruskan semula ke destinasi.

Dengan bacaan bismillah, mudah sahaja kenderaan bergerak mengikut arus dan tidak sampai 15 minit saya tidak semena mengikut sahaja lencongan mengikut gerak hati. Lokasi parkir kereta pula dekat sahaja, dan ayah mahu menunggu saya di sebuah kopitiam berdekatan. Saya memesan ayah berehat di situ dan saya tidak lama. Mujur urusan pula tidaklah lama, dalam masa 20 minit sahaja sudah selesai.

Kasihan ayah, tetapi disebabkan saya tidak mahu ayah bosan di rumah ayah bersetuju sahaja dengan pelawaan saya. Lain kali kata ayah, tidak mahu ikut lagi. Saya senyum dan ayah maklum keadaan hiruk pikuk Kuala Lumpur memang tidak sesuai dengan jiwa warga emas.

Nasib baik juga lokasi rumah saya di kawasan hulu sahaja ;D.

blog panduan kesihatan dan kecantikan sudah kembali aktif

Dua hari lepas saya cuba meneroka dan mencari apa punca blog pandua kesihatan dan kecantikan tidak dapat menunjukkan status baru apabila ada entri baru.

Jadi, saya cuba mencari apa punca tersebut, saya berjaya menyelongkar dan status blog kembali menunjukkan bahawa blog tersebut aktif semula. Jika dulu walau berapa kali dimasukkan entri baru, status masih tetap sama iaitu 8 bulan yang lepas. Kini ianya bergerak ke status aktif dan setiap kali ada entri baru memudahkan sesiapa sahaja tahu bahawa blog tersebut aktif sebenarnya. (Kalian faham ke maksud saya ini ;D)

2 comments:

maya amir said...

cutenye nama..puteri arora..:)

Masayu Ahmad said...

saje je letak gelaran puteri arora,;D

nama biasa panggil mek ti aje

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin