Thursday, February 18, 2010

Infiniti downline haram atau tidak- isu panas dalam minggu ini

Klik di sini Infiniti downline haram atau tidak

Group ni untuk membincankan sama ada Infniti downline bercanggah dgn Islam atau tidak .

Terdapat banyak hujah yang menunjukkan infiniti downline mengamalkan money game dan tidak mengikut syariah Islam. Ahli infinity mengatakan business ni halal, dapat tolong family.So harap dapat buat penjelasan smua pihak yang cakap haram dan yang katakan halal.
Semoga kita dapat berkongsi Info demi kebaikan bersama.

Lagi baca ulasan ustaz zaharudin di sini:

Pada 12 April 2007 yang lalu, majlis fatwa kebangsaan telah sebulat suara memutuskan, bahawa pelaburan internet adalah haram di sisi agama islam. Kenyataan ini telah serba sedikit menggembirakan saya, kerana sejak dahulu lagi telah saya ketahui, skim-skim pelaburan yang dijalankan di internet ini sebenarnya adalah merupakan skim ponzi alaf baru yang hanya bertujuan untuk menipu masyarakat yang sememangnya terlalu mudah percaya dengan angan-angan untuk menjadi kaya dengan cepat.


Pengharaman tersebut juga telah serba sedikit menyedarkan beberapa pihak yang telah terjebak ke dalam perangkap skim pelaburan tipu tersebut untuk cepat-cepat kembali ke jalan yang betul dan mengeluarkan diri mereka dari terus hanyut dan menjadi barua kepada komplot penipuan tersebut.

Ditambah pula dengan liputan-liputan serta pendedahan yang dilakukan oleh pihak media, maka, semakin ramailah masyarakat yang tersedar dan mula berhati-hati dengan peluang-peluang membuat duit melalui inernet ini.

Namun begitu, sesuatu yang sedikit mengecewakan. Ramai masyarakat yang terkeliru dengan istilah PELABURAN INTERNET dengan PERNIAGAAN INTERNET. Pada mereka, apa-apa sahaja perkara yang berkaitan dengan "Buat Duit di Internet" adalah tipu dan tidak boleh dipercayai. Lebih menyedihkan lagi, bukan masyarakat biasa sahaja yang terkeliru dengan 2 perkara ini, malah pihak-pihak yang dianggap sebagai pihak yang handal ICT, seperti Pusat Keselamatan Siber Malaysia juga turut terkeliru mengenainya.

Baca seterusnya di sini:http://www.zaharuddin.net/content/view/485/100/

Juga artikel ini:
Infinity Downline atau ID semakin meriah kat Malaysia. Malah ada yang cuba cuba spam di wall facebook saya tentang peluang buat duit terbaru ini. Malah Tuan Zamri Mohamad juga ada bertanya tentang program ini. Pada pendapat peribadi saya ia adalah sejenis program money game atau head hunting.



Konsepnya adalah sama seperti skim piramid/ program yang ada kat Malaysia ni. Antaranya:

-amaljariah.net
- surerich.net
- binajutawan.biz
- dana2u.com
- smartinvest4u.com
- cb2u.net
- e-wallet2u.net
- myhomebiz2u.net
- penawar4u.com
-jutarm.com

Kredit kepada NazhaSecrets

Diatas adalah program yang saya kategorikan sebagai skim yang b erteraskan permainan duit atau head hunting. Mereka mengunakan pelbagai istilah seperti dana, sumbang ikhlas dan banyak lagi. Mereka mengunakan wang/duit sebagai gula untuk menarik minat orang malah mengunakan al quran dan hadis bagi menghalalkannya. Ada yang mendakwa ia untuk membantu sesama Islam la. Ikhlas untuk tolong semasa Islam dan banyak lagi alasan.

Bagaimana pulak dengan Infinity Downline?

Mereka yang teringin nak masuk tu. Fikir dulu la ye. Duit bukan segalanya. Teliti terlebih dahulu sebelum menyertai apa apa program di internet. Terdapat 2 perkara yang patut diberi pertimbangan iaitu undang undang malaysia dan juga agama.Saya sarankan untuk meneliti terlebih dahulu meneliti tentang Isu Syariah Dlm MLM tulisan UZAR dan juga Fatwa MLM Majlis Ulamak Indonesia.

Baca selanjutnya di sini:http://www.shamsuriyadi.com/2010/02/13/infinity-downline-konsep-money-game/

4 comments:

maya amir said...

susah kan kalau nak bincang isu ni.. ade yg tak aware psl ni.. tapi really good entry:)

Masayu Ahmad said...

itulah kan, tetapi kena berhati-hati dengan banyak program yang mahu cepat kaya..

org kita ni mahu cepat dan mudah saja, mana ada jutawan segera sebenarnya, semua kena usaha juga ;D

tunbegia said...

duit bukanlah segala-galanya, tapi segala2nya nak pakai duit,

salamm,

Masayu Ahmad said...

tunbegia

disebabkan segala-galanya perlukan duit, kita kena tahu dan usul periks duit yang ingin digunakan :D

ianya akan diperhitungkan kelak

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin