Thursday, February 28, 2013

Lagi strategi bisnes Rasulullah

Teks: Masayu Ahmad
Sumber: Buku Strategi Pemasaran Cara Rasulullah


Alhamdulillah, terima kasih Allah atas kurnia pagi ini, terima kasih Allah atas segala kasih sayang, rezeki dan nikmat kehidupan. Sudah Jumaat di sini, kanak-kanak riang mash bergolek sakan di tempat tidur. Lena dalam tilam empuk dan gebar tebal. Lauk sudah dipanaskan, semalam saya masak gulai ayam kelate, dan semalam juga adalah hari ke-7 tahlil arwah tok mek. Arif membawa pulang dua plastik lauk yang dikirim. Jadi banyak juga lauk pagi ini untuk sarapan, alhamdulillah. Rezeki tidak pernah putus, itulah salah satu keistimewaan tinggal bersama orang tua.

Selamat berhujung minggu kalian yang berada di zon timur, timur. Rutin bermula pagi ini dengan baik sekali. Hujan juga sudah reda selepas beberapa hari tidak henti hujan. Suasana sungguh harmoni, sesekali kedengaran kenderaan lalu lalang.

Rutin pagi bermula dengan baik sekali. Alhamdulillah saya meneruskan momentum manuskrip seperti biasa.

Ebook ini akan terbit secara rasmi 25 Mac 2013, salah satu bab yang akan saya sentuh ialah perubatan atau rawatan kesihatan mengikut kaedah Islam. Ia adalah lebih menyeluruh.

Apa kepakaran saya?

Pakar lah sangat kan, hehe. Saya adalah kelulusan kewartawan, dari Universiti Sains Malaysi, minor dalam pengurusan. Pernah dilantik sebagai Ketua Editor, Penolong Editor, Pengurus Pemasaran untuk Berita Kampus iaitu ia adalah projek utama bagi pelajar kewartawanan tahun akhir.

Kemudiannya saya menjalani latihan praktikal di Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd di majalah Dewan Kosmik, iaitu majalah sains dan teknologi.

Kerjaya pertama saya sebagai wartawan di Mingguan Wanita, yang ini paling lama, selain menulis artikel/berita kemasyarakatan, bisnes, dekorasi, masakan dan banyak lagi, ruangan tetap saya ialah kecantikan, kesihatan, die dan juga pengelola ruang cerpen dan puisi. Jika kalian selak Mingguan Wanita, yang berwarna merah itu masih ada ruangan tetap iaitu Cantik Di Mata, Cantik Di hati dan juga Diet.

Saya suka dua kolum ini, kerana dari situ selalu ke program/majlis berkaitan kecantikan, spa, produk baru, usahawan kecantikan/ kesihatan dan banyak lagi. Dan sudah tentu kepakaran utama saya adalah di situ. Blog pertama saya juga fokus kepada penulisan ini http://masayuahmad.blogspot.com/, trafik masih lagi menggebu di situ, bahna sangat banyak dan tahun ini saya mulai mengeluarkannya dalam bentuk ebook.


Ok, mahu sambung kerja dahulu sebelum saya sentuh tajuk entri hari ini 'stratei bisnes Rasulullah'


Buku ini saya berikan percuma sahaja dengan pembelian buku saya. Terdapat enam pilihan pakej promosi yang sedang berjalan. Dan saya baru saya order lagi untuk buku ini atas sambutan yang baik sekali. Jadi beli mana-mana pakej eboo/buku saya, kalian sudah memilki percuma sahaja buku bonus di atas

Pandangan tentang ebook super wahm super mom


Pakej 1 RM25


Pakej 2
 RM30


Pakej 3 
RM50


Pakej 4 RM60

Pakej 5 RM95



Alhamdulillah, terima kasih Allah atas segala kasih sayang, rezeki dan nikmat kehidupan. Sudah Jumaat, di sini kanak-kanak masih bergolek sakan. Lauk sudah dipanaskan gulai ayam ala kelate, ada juga rezeki tahlil semalam, jadi ada dua lauk pagi ini. Selamat berhujung minggu kalian yang berada di zon timur. Rutin bermula pagi ini dengan baik sekali. Hujan juga sudah reda, suasana pagi sungguh harmoni. Alhamdulillah. Masayu Ahmad masih meneruskna momentum sentuhan manuskrip seperti biasa.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin