Teks: Masayu Ahmad
Meneruskan kelangsungan penulisan di rumah ayahanda, sudah dua minggu juga tidak balik, kebetulan adik bongsu balik. Ayah selalu demam-demam sekarang ini, jadi saya perlu selalu balik, dengan masa yang ada saya dahulukan situasi ayah.
Semalam berjaga hingga jam 3 pagi, menekuni manuskrip, saya ada 10 hari lagi, untuk siapakan sebelum bersambung manuskrip berikutnya. Semua bahan sudah ada tinggal susun, buat penyelarasan dan sunting dan sunting sampai lebam.
Tips menulis hari ini
1. Beli seberapa banyak buku penulisan yang ada di pasaran. Kalau mahu menulis syarat paling asas adalah suka membaca dan menulis setiap hari. Itu adalah latihan wajib sehingga sudah menjadi kebiasaan.
No comments:
Post a Comment