Friday, February 15, 2013

Surat dari puan S-dilema mahu jaga emak




Assalamualaikum, tahniah kerana boleh jadi ikon suru rumah bekerjaya. Saya berminat tetapi tak punya kebolehan macam puan. Yang saya tahu nombor-nombor sahaja, maklumlah akuntan.
Sekarang ini dengan keadaan emak yang agak uzur, hati kecil ini mahu sangat berhenti kerja dan duduk rumah jaga emak. Apabila difikirkan balik macam mana nak sara hidup sendiri dan keadaan emak nanti, dengan perlu bayar hutang lagi. Terpaksalah bertahan tetapi kasihan dengan emak terpaksa uruskan diri sendiri dan minta pertolongan adik beradik lain apaila saya terpakasa kerja luar. Bertuah puan dapat duduk di rumah, jaga anak-anak dan urus rumah tangga tetapi masih lagi jana sumber kewangan keluarga.
Puan S



No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin