Salam kasih sayang, kami di sini sudah pun Jumaat, sudah hujung minggu. Pejam celik, pejam celik sudah sabtu, sudah jumaat, sudah isnin. Aduhai, aduhai masa memang laju berlari. Menu pagi ini sudha siap nasi lemak kasih sayang, ikan tenggiri, ikan billis, telur rebus, nasi daun pandan dan teh o panas. Semua sedang menjamur selera. Hanya Aiman sedang merengek-rengek di kaki meja menunggu saya untuk mandi. Tak Apa ibu siapkan dahulu entri ini. ;)
Saya ada menerima banyak email dan pertanyaan, saya tidak mampu menjawab serentak namun saya cuba untuk jawab di sini agar lebih ramai bermanfaat. Juga sangat ramai surirumah di luar sana yang tidak tahu bagaimana mahu mula.
Ada berita baik untuk kalian, tetapi saya tidak boleh uar-uarkan lagi di sini, masih lagi di peringkat perbincangan. Untuk personal coaching memnag saya sudah mula di sini bagi yang benar-benar mahu bermuala. Saya hanya fokus bagi kalian yang benar-benar zero sahaja. Bagi yang sudah pandai gunakan blog dan facebook boleh hadiri banyak seminar yang sudah sedia ada ditawarkan oleh banyak pakar IM.
Bersambung ya, ada lagi yang mahu dikongsi;)
Promosi pakej ini sah sehingga 10 Mac 2013 Sahaja harga selepas ini RM85
Klik di sini untuk keterangan lanjut: http://jana-wang-di-rumah.blogspot.com/
Pandangan 1: Ebook www.janawangdirumah.com
http://
Saya Azie dari Perak. Pertamanya, saya ingin mengucapkan terima kasih di atas artikel-artikel hebat dan berilmu untuk para pengunjung blog.Ulasan 2-Buku Jana RM Dari Rumah
Banyak informasi dan pengetahuan yang saya perolehi sejak berjumpa secara tidak sengaja dengan blog tersebut terutamanya perihal yang berkaitan dengan wanita dan bekerja dari rumah.
Membaca tulisan di blog menyuntik semangat saya untuk kembali bangkit mencari diri sendiri. Panduan dan ilmu yang diberikan begitu bermanfaat untuk saya yang masih lagi teraba-raba mencari hala tuju untuk ke destinasi yang sebenarnya.
Terima kasih di atas perkongsian ilmu ini. Tujuan email ini adalah untuk memaklumkan yang saya berminat untuk mendapatkan buku yang bertajuk "JANA RM DARI RUMAH".
Sebelum ini saya sudahpun membeli ebook yang bertajuk "JANA WANG DI RUMAH"www.janawangdirumah.com.
Banyak informasi yang dapat memberi manfaat kepada saya melalui pembacaan ebook berkenaan. Apabila difikirkan kembali bukan tiada usaha tetapi kita yang tidak melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Di samping tiada fokus yang tinggi dan berterusan membuatkan segala apa yang kita lakukan sering tidak menjadi.
Itulah yang sering dihadapi oleh saya, kadang-kadang diri dalam dilema dan sampai satu tahap, sudah tidak tahu untuk buat apa-apa lagi. Mungkinkah saya yang gagal untuk merancang segala perjalanan hidup saya. Betul juga rasanya, minta maaflah kak mas panjanglah pula coretan. Sekadar ingin berkongsi rasa hati, saya sekarang dalam usaha untuk mencari kekuatan diri dalam memajukan diri untuk kehidupan yang lebih bermakna..
Apa-apapun, informasi dan ilmu yang dikongsi ini dapat memberikan saya peluang untuk mecapai apa yang dihajati. Apa yang penting praktikkan apa yang terkandung di dalam buku dan ebook sepertimana yang disarankan.
Kita berusaha untuk mendapatkannya, terima kasih yang tidak terucap buat kak mas semoga terus dikurniakan Allah dengan idea dan ilmu yang lebih bermanfaat lagi untuk dikongsi bersama kami di luar.
Wassalam, Azie Perak.
http://
Assalamualaikum & Salam sejahtera,
Akhir-akhir ni, semakin ramai yang bertanya kepada saya tentang cara-cara memulakan bisnes dari rumah, langkah-langkah yang harus diambil, tips-tips pemasaran online dan sebagainya. Sebagai seorang yang suka berkongsi apa jua ilmu yang diperolehi, saya rasa amat bertangunggjawab untuk meningkatkan lagi ilmu dalam bidang ni.
Beberapa hari lepas, Allah telah membuka jalan untuk saya berkenalan dengan penulis, Masayu Ahmad. Beliau merupakan penulis buku yang bertajuk “Jana RM Dari Rumah”. Sebenarnya, buku ni saya beli dah lama, dari akhir tahun lepas. Sudah dibaca sekali, akan tetapi, selepas dapat berkenalan dengan penulis buku ni, saya baca lagi sekali.
Selepas membacanya, saya dapati kandungan buku ni, amat sesuai untuk sesiapa sahaja pun yang ingin memulakan bisnes dari rumah. Ia merupakan satu buku permulaan. ’1st step towards home business’. Ia bukan sahaja memberikan pembaca informasi tentang bagaimana nak mula, malahan tips-tips serta idea-idea bisnes dari rumah disertakan juga.
Boleh dikatakan buku ni amat lengkap untuk sesiapa sahaja yang sudah ada niat untuk menjana pendapatan sampingan dari rumah. Buat saya yang dah 3 tahun lebih buat perniagaan sepenuh masa hanya dari rumah, tidak dapat dinafikan yang buku ni boleh dan akan membantu sesiapa sahaja.
Tapi adakah buku ni lengkap dari segi tips-tips khusus mengenai satu bidang yang ingin diceburi? Tidak sama sekali. Ini adalah kerana tips/informasi yang dikongsikan dalam buku ini lebih kepada bisnes dari rumah secara umum. Akan tetapi, walaupun secara umum, ia banyak menyentuh bisnes melalui internet.
Pada saya, asas bisnes mesti kukuh. Banyak yang gagal kerana asas tidak kukuh. Kalau sekadar ingin berbisnes kerana ingin kaya dan banyak duit, saya berani jamin, bisnes anda, kalau dapat jana pendapatan pun, tidak akan pergi jauh.
Di sini, saya ingin tekankan dari pandangan saya pula, kenapa saya berkata ianya tidak akan pergi jauh.
Pertama sekali niat mesti betul. Jangan sekali-kali jadi hamba duit. Jangan sekali-kali buat duit sebagai matlamat hidup, atau matlamat bisnes. Besar kemungkinan, kerana duit menjadi matlamat, kita akan mula fikir bagaimana nak untung lebih. Kalau berniaga nasi ayam kita akan mula kurangkan nasi, kurangkan ayam, tapi harga kita naikkan seposen. Kerana kita tahu, bila kita kurangkan nasi dan ayam, kita boleh jual kepada lebih ramai orang.
Nanti lama kelamaan, orang ramai akan dapat rasa yang nasi ayam anda terlalu mahal, atau quantity nasi terlalu sikit. Sup tawar kerana kurangkan garam (Saya tahu sihat, tapi kalau da mcm hirup air paip buat pe) dan sebagainya. Kalau anda buat kan duit sebagai matlamat utama, syaitan mula berbisik untuk menghalalkan yang haram. Da mula nak guna pelaris dan pergi jumpa bomoh. Syirik tu semua!
Jadi, macam mana agaknya nak dapatkan niat yang betul, supaya kita tidak terjerumus dalam kancah maksiat?
No. 1, kalau sebelum ni niat buat bisnes pasal nak kaya, gi ubah. Tukar kepada “Saya nak berbisnes pasal nak hantar mak & ayah saya gi haji setiap tahun” Dan niat tu mesti IKHLAS. Baru Allah akan buka jalan.
Lepas tu, da ada niat, mesti ada MINAT. Okay, tentang minat ni, saya post di lain masa. Buat masa skarang, nasihat saya, grab lah satu copy “Jana RM Dari Rumah” oleh Puan Masayu Ahmad. Lepas sudah terbuka sket minda tu, boleh cari saya pula. hehehe
Sampai sini sahaja,
Wassalam,
No comments:
Post a Comment