Saya meneruskan rutin pada bulan-bulan sibuk, saya akan bekerja sehingga malam dan juga berlarutan pada hujung minggu. Politik pejabat yang kadang-kadang tidak masuk akal, kerenah rakan pejabat, menempuh kesesakan jalan setiap hari, berulang alik dari rumah, pejabat, rumah pengasuh dan sekolah anak yang mengambil masa yang panjang.Kesemua tersebut adalah ahak berjauhan antara satu sama lain, saya boleh berada di dalam kereta dan di atas jalan raya sehingga 3 jam lamanya, bayangkan. Cabaran menguruskan anak-anak seorang diri, kerana suami bekerja di Singapura. Awal pagi suami sudah keluar rumah, malam barulah nampak muka. Keluara semua di kampong, saudara mara juga jauh, agak susah untuk meminta bantuan. Jadi sedikit sebanyak membuatkan hati dan badan saya semakin letih, layu, kusam dan yang sewaktu dengannya ;(.Klik di sini http://superwahmsupermom.blogspot.com/
Puan M
Sumber: Bab 2, super wahm, super mom, urus masa, urus tenaga, urus rumahtangga
No comments:
Post a Comment