Hari ini sudah 28.2 2013 Alhamdullah, anak-anak semua sudah di tempat mencerap ilmu. Ibu masih di rumah berjuang dengan tugas harian. Berikut 10 cara untuk kekal bertenagan dan bermotivasi.
1. Selalu ingatkan diri semua tugas yang banyak menanti adalah amanah dan perlu selesaikan sebelum tutup mata, sama ada tutup mata jangka masa pendek malam hari atau jangka masa panjang ;)
2. Kekalkan dalam fikiran mahu buat terbaik, terbaik dan terbaik. Walaupun kadangkala kita rasa masih banyak kekurangan.
3. Selalu reward kepada diri sendiri apabila menyelesaikan tugas ynag kecil. Seperti ambil masa bertenang, menikmati sarapan enak seorang diri, beli barang kegemaran, urut tradisional, bersauna dan banyak lagi.
4. Nikmati masa bersama anak-anak yang masih kecil. Ketika mereka mengamuk, ingin perhatian kita pula dalam keletihan, selalu ingatkan diri rupanya ibu kita dulu pun macam ini juga, dan apabila mereka besar, seorang demi seorang akan meninggalkan kita. ;)
5. Nikmati setiap perjalanan kehidupan dengan cara terbaik, buang jauh-jauh anasir negatif, fikiran negatif, kawan-kawan negatif.
Iklan!
Buku ini adalah percuma dengan setiap naskah pembelian ebook saya. Alhamdulillah beberapa naskah sudah dipos semalam.
Pilihan pakej lain boleh di lihat di sini ya
http://karya-masayuahmad.blogspot.com/2013/02/pakej-promosi.htmlSumber: Bab 3 ebook super wahm super mom
http://
Sekarang apabila difikirkan semula baru saya sedar kenapa saya tidak suka bisnes. Sebenarnya ayah meninggal masa abang umur tujuh tahun dan saya dua tahun, kakak sulung pula masih di sekolah menengah. Mak pulak belajar setakat darjah empat sebab arwah atuk tak mampu. Untuk menyara kehipan, mak dan arwah nenek buat kuih dan hantar ke kedai kopi untuk dijual. Apabila saya di sekolah rendah, sebelum ke sekolah, mak selalu suruh hantar kuih ke kedai dan ambik dulang dan duit lepas balik sekolah. Entah kenapa, tapi saya rasa malu. Mungkin pada saya masa itu kerja jual kuih ni memalukan. Terukkan saya? Hingga sekolah menengah pun masih perasaan yang sama.
Apabila sudah besar, saya pernah tanya mak kenapa dia buat kuih, sedangkan sepupu dia yang juga kematian suami, yang langsung tak sekolah dan tak tahu tulis dan baca, boleh kerja di kilang dengan gaji yg lebih banyak dan dapat EPF. Kenapa mak tak nak kerja kilang? Mak jawab
“Rumah kita kan depan laut, aku takut nanti kalau aku tak ada di rumah, hangpa akan mandi laut dan mati lemas’.
Hmmmm..terdiam panjang masa tu. Sekarang ni baru perasan yang rupanya mak ni bekerja dari rumah dan bisnes sendiri sebab dia mahu pastikan anak-anak dia sentiasa depan mata dan selamat. Satu pekerjaan yang ramai ibu2 masa kini yang memegang ijazah, masters dan PHD impikan
Berbalik pada kisah saya. Selepas Diploma Sains Komputer di UTM, saya terus ke US untuk sambung ijazah. Nak dijadikan cerita, berjumpa pulak jodoh di sana. Lepas habis pengajian, saya dan suami nekad untuk bekerja dan menetap di US. Niat untuk kumpul duit supaya bila balik Malaysia tak perlu berhutang untuk beli rumah dan kereta. Selepas 11 tahun baru lah terbuka hati untuk pindah ke Malaysia demi keluarga tercinta.
http://
Sumber: Bab 3 super wahm super mom
Tekanan urus rumahtangga
Pada mulanya memang sukar. Tekanan dengan kerenah 4 orang anak (dulu semua hantar taska). Saya perlu uruskan kerja rumah, siapkan tempahan, pentadbiran perniagaan dan nak menahan perasaan terperap dalam rumah. Saya menghadapi masalah kemurungan hampir enam bulan, alhamdulillah saya ada ramai sahabat seangkatan yang beri sokongan.
Dan sekarang selepas dua tahun lebih menjawat jawatan WAHM, saya sudah boleh sesuaikan diri. Malah saya tidak akan berfikir dua kali untuk menolak sebarang jawatan lain yang ditawarkan pada saya yang akan menyebabkan saya terpaksa kembali ke dunia pekerjaan 9-5.
Ya, saya masih tepuk dahi dengan kerenah anak anak, tak dapat cuti sakit bila demam selsema dan urut pinggang lepas buat kerja rumah tapi yang penting sekarang adalah kepuasan yang saya dapat. Tidak semua orang dapat merasa untuk dibayar bila hobi di rumah di samping anal-anak tersayang.
http://www.kedaibukuonline.biz/index.php/tempahan
No comments:
Post a Comment