Sunday, February 24, 2013

15 wahm terhebat-baca perkongsian mereka!

Alhamdulillah, hari ini secara rasminya seperti yang dijanjikan 25.2.2013. Terima kasih Allah ;)

Oleh: Masayu Ahmad
Alhamdulillah, dengan limpah dan kurnianya pada tanggal 24. Feb.2013, akhirnya saya dapat menyudahkan juga satu lagi ebook super wahm, super mom. Perasaan lega dan teruja, kerana untuk tahun ini saya sudah kembali fokus kepada penulisan.

Pembaca disayangi Allah sekalian,
Selagi mana Allah memberikan saya rezeki dalam bentuk idea yang mencurah, maka selama itulah saya akan meneruskan daya juang dalam penulisan. Ini sahaja yang mampu saya tinggalkan agar seciput usaha ini mampu memberi motivasi dan inspirasi kepada lebih ramai diluar sana.

Catatan ibu, isteri dan wanita,
Selagi mana wanita itu bergelar isteri dan ibu, maka rumahlah tempat terbaik untuk kita kembali. Kembalikan kegemilangan wanita di zaman Rasulullah, dengan trend perkembangan internet memberangsangkan kita mampu lakukan sesuatu. Sesuai dengan fitrah dan tuntutan dalam Al-quran dan sunnah, kita kembali ke tempat asal namun bukan sekadar duduk dalam tempurung. Usaha kita, kerana mahu mengembalikan pesona didikan anak-anak bermula dari hasil air tangan ibu. Insya-Allah, saya percaya wanita-wanita yang berkongsi pengalaman di dalam ebook ini adalah wanita hebat yang sudah punya keputusan dan pilihan yang tepat. Dan saya juga amat yakin, kalian yang membaca ini juga akan mengambil langkah dan jalan yang sama. Semoga kita sama-sama meraih kejayaan dunia dan akhirat


Sumber Bab 8:

Kisah teladan sepanjang zaman
Pada satu hari, Rasulullah s.a.w. menjenguk Fatimah yang sedang menggiling tepung. Pada ketika itu anak sedang menangis, maka Rasulullahbertanya sebabnya.

Fatimah menyatakan, dirinya menangis keranan kepenatan menjalankan tugas sebagai surirumah. Fatimah mengadu kepada ayahnya bahawa dia ingin sekali mempunyai seorang pembantu yang boleh meringankan bebannya melaksanakan kerja di rumah.

Mendengar kata-kata dan permintaan anaknya itu, Rasulullah berkata, ``Sesungguhnya Allah ingin mencatatkan kebaikan, menghapuskan keburukan dan mengangkat darjatmu jika engkau menunaikan tugas-tugas seharianmu sebagai seorang isteri.''

Rasulullah bersabda lagi bahawa seorang wanita yang dapat berperanan sebagai isteri yang baik bagi suaminya, serta sebagai ibu yang baik bagi anak-anaknya, maka Allah memberinya darjat yang sangat mulia.
Baginda juga bersabda, seorang ibu yang meletakkan minyak di rambut anaknya dan kemudian menyikatnya serta mencuci pakaian mereka, maka pahala yang diperoleh adalah seperti amalan memberi makan kepada seribu orang yang lapar, dan memberi seribu pakaian kepada oran yang tidka mempunyai pakaian.
Cukup besar kasih sayang Allah kepada wanita, dan sekiranya dilakukan dengan ikhlas mereka mendapat pahala berganda di sisi Allah s.w.t

Nasihat yang diberikan oleh Rasulullah kepada Fatimah itu seharusnya dijadikan iktibar terbaik kepada kaum wanita yang bergelar isteri dan ibu.
Maka bergembiralah bagi kita yang memilih untuk berada di rumah dan mengembalikan peranan tradisional wanita malah ia adalah tugas terbaik yang dinyatakan dalam al-quran.


sila ke sini untuk keterangan lanjut http://superwahmsupermom.blogspot.com/

Super Wahm, Super Mom

Bab 1: Apa itu wahm, sahm, soho
Bab 2; Mengambil keputusan bekerja dari rumah
2.1 Sudah tidak ada hati bekerja
2.2 Persediaan asas
2.3 Langkah bijak Aida Fadzlin sebelum berhenti kerja
2.4 Puan M berkongsi dilema

Bab 3:  Kisah Inspirasi Wahm, Soho

3.1 Norhanita Bahrom. Gobok Boutique
3.2 Fauziah Ahmad, 
3.3 Farah Hafizah 
3.4 Norazizah Ruslan-Business & health advisor
3.5 Lyna Noh - Malaysian Mums Biz Network
3.6  Faziatun Nisa Chocville Online Choc Boutique
3.7 Durra Mohamed Jamri 
3.8 Hani Arziana-SoHoIBU
 3.9 Noor Hidawati
3.10 Harlinda Halim-Malaysian Work-At-Home-Mom Community
3.11 Nadzura Sabry


Bab 4: Cabaran bekerja dari rumah dan solusi
4.1 Bekerja di rumah tanpa pembantu
4.2 Urus stres dengan super gembira
4.3 Cabaran bekerja dengan anak kecil
4.3 Norhafizah Madzlan-cabaran mengurus enam anak4.4 Zaila, berkorban kerjaya demi keluarga

Bab 5: Tips sukses urus masa
5.1 Pengurusan masa untuk wanita
5.2  Ibu super sibuk, tips terapi diri
5.3 Urus masa keluarga
5.3 Sibuk yang fleksibel

Bab 6 : Tips urus tenaga super mama
6.1 Tenangkan diri, jangan stress, stres!
6.2 Fokus kepada matlamat
6.3 Rawat dan rehat

Bab 7:  Tips urus rumah tangga

7.1 Mengawal semangat yang teruk
7.2 Perlukah pembantu rumah?
7.2 Cari kelainan untuk segarkan urusan rumahtangga
7.3 Kelaziman surirumah yang menyeronokkan

Bab 8: Tips motivasi surirumah terhebat
8.1 Setiap orang ada satu kisah
8.2 Bekerja dengan jiwa
8.3 Mengekalkan momentum motivasi
8.4 Kisah teladan sepanjang zaman

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin