Hari ini saya mulakan dengan jadual baru lagi untuk sekian lagi, sedang mencari keseimbangan. Bermula pagi hingga petang, alahai baru boleh duduk dan menulis di sini. Ada tiga watak hari ini yang memberi banyak pengajaran.
Semalam ada kematian ibu saudara sebelah suami, kami memanggilnya tok mek, kini sudah arwah tok mek. Tok Mek ada terpalit dan sisi cerita dalam kehidupan kami. Setiap hari raya kami memang akan ke rumah tok mek. Arwah adalah seorang yang lembut. Anata menu kepakaran tok mek adalah ketupat daun palas. Namun dua tahu kebelakangan ini sudah tidak ada lagi kerana arwah semakin uzur.
Beberapa minggu suda dia demam dan mertua sempat menziarah. Dan petang jam 5 selepas asar 16 hb.2.2013 tok mek dijemput pergi. Al-Fatihah.
Saya menziarah pada pagi jam 8, ahli keluarga sedang bersiap-siap untuk memandikan mayat. Saya bawa Arisa bersama, duduk sebelah tok mek, sedekahkan al-fatihah. Tangan saya perlahan membuka kain yang menutup muka. Allahuakbar, sejuk sekali wajahbya, matanya terpejam rapat. Kelihatan seperti arwah sedang tidur nyenyak. Moga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.
Tadi petang ketika menyediakan teh o panas, berbual dengan mertua. Katanya mayat arwah ringan sekali, kalau angkat seorang pun boleh. Cerita ma, seperti dikongsi ipar.
Semalam, suami juga ada memberitahu tentang ringanya, diangkat dua orang pun boleh. Al-Fatihah untuk arwah tok mek.
Hari ini
Saya ketika memandu pulang dalam perjalanan, terserempak dengan tiga watak kehidupan hari ini. Saya ternampak Ah Soo, bagi kalian yang selalu baca entri sebelumnya, sudah tentu tahu siapa ah soo.
Ah soo seeperti biasa dengan basikalnya, penuh dengan kotak-kotak dan plastik yang berisi kertas terpakai. penuh dan dia menolak seperti biasa.
Watak ke dua, seorang warga emas yang membawa motorsikal yang sebelahnya juga penuh dengan muatan kertas dan bahan kitar semula.
Dan ketiga, saya belum pernah berkongsi di sini, seorang wanita sedang menolak kerusi roda yang mana suaminya kudung kakinya. Dia menolak kerusi roda itu, ada juga tersangkut plastik berisi bahan kitar semula juga. Masya-Allah, saya selalu melihat wanita ini dan suaminya.
Tiga watak di atas, ada banyak kisah di belakang tabir, kisah sisi kehidupan warga emas. Kita juga akan seperti mereka, namun kita masih ada pilihan dari sekarang untuk mengubah dan merancang kehidupan di usia emas.
Ya Allah berilah kami kehidupan yang mana kami mampu berada aman dan masih upaya ibadah, bukan sekadar hari tua, malah hari lapang ketika kesibukan memuncak.
Klik sini untuk pelbagai pilihan makanan sunnah http://www.facebook.com/pages/Gedung-Makanan-Sunnah/344503088959718
Bersambung...
No comments:
Post a Comment