Sunday, February 17, 2013

Tekanan dan gaya hidup

Teks: Masayu Ahmad


                                                                 www.janawangdirumah.com



Semalam heboh perihal bayi yang dilambung-lambung oleh bibik yang kurang akal. Petang tadi, sewaktu saya ke pejabat pos, usai melepasi pintu pagar, dalam suasana panas ada sebuah kereta kancil berwarna merah. Di dalamnya seorang bayi mungkin sekitar 10 hingga 12 bulan, sedang tidur.

Aduhai, mengucap panjang saya, kereta tidak dikunci, hanya diturunkan dua cermin depan. Suasana agak panas, memang tidak bertanggungjawab! Pada ketika itu seorang lelaki separuh usia, mengeleng kepala dan mukanya amat marah.

"Memang tidak ada tanggungjawab!" Katanya bersetuju dengan saya.

Saya turunkan cermin belakang agar, ada udara masuk. Kelihatan anak itu tidur nyenyak, mungkin penat, mungkin letih. Aduhai, aduhai, hati keibuan saya sangat gusar, kasihan dan hiba.

Sebentar kemudian keluar ibunya.

"Bakpo tinggal anak macam ini, tok takut hilang ko."

Macam muka tidak ada perasaan pun ada. Lalu dialihkan kereta itu, berhadapan dengan pintu masuk. Lebih selamat. Saya masuk dan sambil mengintai-ngintai kereta, saya pula rasa serba salah.

Pak cik tadi mengeleng-ngeleng kepala. Di tangan wanita itu ada sekeping sampul surat, sepertinya dia resah dan mahu menyelesaikan segera.

Keadaannya memang nampak macam bermasalah. Aiman dan Arif pula mengusik-ngusik anaknya, ada seorang lagi sekitar usia 5 atau 6 tahun.

"Babi, babi, babi!"

"Eee, tok baik, tok baik, dosa cakap macam tu, nanti masuk neraka!" Aiman membalas.

Kemudian ibunya mungkin sudah tidak selesa, beredar begitu sahaja.

Ada banyak kemungkinan, mungkin dia dirundung masalah, melihatkan gayanya yang gelisah dan mahu bersegara dan pada masa yang sama anak-anak perlu diurus juga.

Saya doakan, semoga Allah permudahkan hidupnya, permudahkan agar anak-anaknya dijaga dengan baik. Amin, amin, amin.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin