Friday, February 8, 2013

Kisah 15 wahm sukses




Teks: Masayu Ahmad

Orang lain dah berzaman pandai design saya baru terkedek-kedek, tetapi tak apa selaginya namanya belajar seumur hidup, jadi ilmu baru setiap hari perlu dipratik untuk lebih nampak hasilnya yang lebih baik. Insya-Allah

Ada ramai bertanya saya tips menulis dan menulis buku atau ebook, saya belum pakar lagi sebetulnya, akan tetapi saya akan mula berkongsi sedikit demi sedikit lama-lama banyak ye tak. Kelajuan menulis sebetulnya saya boleh capai 10 hingga 30 mukasuarts sehari, dan sepatunya dengan mengambil kira 10 muka surat untuk 10 hari, saya sudah selesai 1 ebook dengan 100 mukasurat. Itu sepatutnya ya.

Ok apa matlamat realistik yang perlu saya capai.

1. 12 ebook/buku untuk tahun ini dengan purata sebuah akan terbit sebelum 24 hb setiap bulan 2013.

2. Untuk Januari 2013, sudah terbit ebook panduan mula bisnes butik online/offline.http://mulabisnesbutik.blogspot.com/
 Ada 10 buku dalam siri ini ya akan menyusul tajuk-tajuk lain juga. Kalian boleh cadangkan dahulu tajuk apa yang kalian mahu saya boleh dahulukan sama ada tajuk mula bisnes kek dan roti, mula bisnes dobi, mula bisnes kraf, mula bisnes pendidikan, mula bisnes iks, mula bisnes hamper dan banyak lagi senarai yang ada dalam siri ini.

3. Untuk Februari ebook super wahm, super mom sudah pun ada boleh dibuat tempahan, maksudnya akan terbit secara rasmi 25 Februari 2013, boleh lihat di sini pilihan pakej yang kalian mahu http://superwahmsupermom.blogspot.com/

4. Untuk Mac, sudah ada ebook yang menanti, ia akan kembali kepada kepakaran saya yang sebenar untuk penulisan 'kesihatan, kecantikan' ini adalah permulaan saya dalam dunia penulisan ketika di dewan kosmik, mingguan wanita, dan rapi, ebook 30 tips sihat ibu hamil dan selepas pantang. Bonus dalam ebook ini adlaah 20 menu sihat dan seimbang yang boleh diambil ketika hamil, masa pantang dan selepas pantang. Mudah bukan tiga dalam satu ;)

5. Jika kalian mahu menulis, maka bermula dengan apa yang kalian sudah baca dan suka berkongsi,  dan pilih sama ada ia fiksyen atau bukan bukan fiksyen. Kemudian buat carian google mana-mana individu atau syarikat penerbita yang membuat bengkel atau kursus asas penulisan.

6. Jadikan blog medium terbaik untuk mengasah menulis. Ada dua kepakaran yang perlu diasah, menulis setiap hari dan baca seberapa banyak genre yang mahu ditulis. Ia akan sebati dan idea akan meluncur laju keluar.

7. Ok, satu buat blog persendirian dahulu, iaitu sama seperti saya menggunakan blog ini untuk menulis setiap hari. Konsisten untuk satu blog dan kekal di situ. Untuk tips lain saya akan sambung lagi ya.

8. Bila ya saya akan membuka penyertaan bengkel menulis. Ok, ini juga saya terima banyak pertanyaan, saya akan buka selepas saya capai 30 ebook/buku. Untuk tahun ini 12, jadi kalau capai separuh pun sangatlah ok. Saya sedang berusaha dengan gigih untuk ke arah itu, insya-allah.

9. Apa reward yang menanti? Reward yang sudah lama saya idamkan sebuah bilik soho yang maha luas, dan ia adalah tempat paling indah sebagai bilik terapi 10 jam saya berada di situ setiap hari. Saya akan kongsikan apabila ia menjadi nyata. ;)




Jika mahu mula bisnes butik online/offline klik di sini untuk keterangan lanjut:http://superwahmsupermom.blogspot.com/

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin