Wednesday, February 20, 2013

Inovasi dan kreatif-tips wahm terhebat

Teks: Masayu Ahmad

Banya hari saya menulis kemudian simpan semula dalam draf, tetapi menghargai kalian yang sudi singgah di sini, perlunya juga saya berkongsi walau seciput pengalaman. Alhamdulillah saya semakin serasi dengan jadual baru. Tetapi masih lagi berada dalam momentum penulisan, tinggal beberaoa hari lagi secara rasmi ebook super wahm, super mom akan diterbitkan. Terima kasih kepada yang sudah sudi membeli. Bagi yang belum ada apa-apa bahan bacaan asas permulaan bisnes, boleh dapatkan dahulu ebook asas permulaan bekerja dari rumah www.janawangdirumah.com

Kerana apa? Dalam ebook janawangdirumah.com saya berkongsi impian mereka yang mahu bekerja dari rumah, dan yang menariknya sebahagian wanita yang berkongsi itu sudahpun merealisasikan impian mereka. Kisah mereka ada pula kesinambungan dalam  ebook terbaru saya super wahm super mom. Hebat bukan? Itu juga kuasa minda separuh sedar, antara lain apabila kita mencatat matlamat dan berkongsi. Mereka berkongsi dengan saya, dan mungkin ramai yang membaca dan memakbulkan doa. Kisah 15 wahm, yang punya pengalaman menarik untuk dikongsi bersama kalian.

Bagaimana mereka ada perasaan keliru untuk bermula, perkongsian jurutera bertukar status bekerja dari rumah, perkongsian surirumah yang tidak ada pendapatan dan sudah ada punca pendapatan dari bisnes. Juga bagaiman mereka bergelumang dalam kehidupan dan realiti sebenar berstatus wahm dan juga surirumah. Bukan senang sebenarnya, tetapi mereka adalah surirumah terhebat yang telah memilih jalan yang mereka mahu dan tentunta sudah bermohon kepada 'majikan' sebenar dan restu suami.




Untuk tempahan ebook ini, klik di sini

Bab 2: Super wahm, super mom
Saya meneruskan rutin pada bulan-bulan sibuk, saya akan bekerja sehingga malam dan juga berlarutan pada hujung minggu. Politik pejabat yang kadang-kadang tidak masuk akal, kerenah rakan pejabat, menempuh kesesakan jalan setiap hari, berulang alik dari rumah, pejabat, rumah pengasuh dan sekolah anak yang mengambil masa yang panjang.
Kesemua tersebut adalah ahak berjauhan antara satu sama lain, saya boleh berada di dalam kereta dan di atas jalan raya sehingga 3 jam lamanya, bayangkan. Cabaran menguruskan anak-anak seorang diri, kerana suami bekerja di Singapura. Awal pagi suami sudah keluar rumah, malam barulah nampak muka. Keluara semua di kampong, saudara mara juga jauh, agak susah untuk meminta bantuan. Jadi sedikit sebanyak membuatkan hati dan badan saya semakin letih, layu, kusam dan yang sewaktu dengannya 

 
Sumber: Bab 3 ebook super wahm super mom

http://superwahmsupermom.blogspot.com/

Sekarang apabila difikirkan semula baru saya sedar kenapa saya tidak suka bisnes. Sebenarnya ayah meninggal masa abang umur tujuh tahun dan saya dua tahun, kakak sulung pula masih di sekolah menengah. Mak pulak belajar setakat darjah empat sebab arwah atuk tak mampu. Untuk menyara kehipan, mak dan arwah nenek buat kuih dan hantar ke kedai kopi untuk dijual. Apabila saya di sekolah rendah, sebelum ke sekolah, mak selalu suruh hantar kuih ke kedai dan ambik dulang dan duit lepas balik sekolah. Entah kenapa, tapi saya rasa malu. Mungkin pada saya masa itu kerja jual kuih ni memalukan. Terukkan saya? Hingga sekolah menengah pun masih perasaan yang sama.
Apabila sudah besar, saya pernah tanya mak kenapa dia buat kuih, sedangkan sepupu dia yang juga kematian suami, yang langsung tak sekolah dan tak tahu tulis dan baca, boleh kerja di kilang dengan gaji yg lebih banyak dan dapat EPF. Kenapa mak tak nak kerja kilang? Mak jawab
“Rumah kita kan depan laut, aku takut nanti kalau aku tak ada di rumah, hangpa akan mandi laut dan mati lemas’.
Hmmmm..terdiam panjang masa tu. Sekarang ni baru perasan yang rupanya mak ni bekerja dari rumah dan bisnes sendiri sebab dia mahu pastikan anak-anak dia sentiasa depan mata dan selamat. Satu pekerjaan yang ramai ibu2 masa kini yang memegang ijazah, masters dan PHD impikan
Berbalik pada kisah saya. Selepas Diploma Sains Komputer di UTM, saya terus ke US untuk sambung ijazah. Nak dijadikan cerita, berjumpa pulak jodoh di sana. Lepas habis pengajian, saya dan suami nekad untuk bekerja dan menetap di US. Niat untuk kumpul duit supaya bila balik Malaysia tak perlu berhutang untuk beli rumah dan kereta. Selepas 11 tahun baru lah terbuka hati untuk pindah ke Malaysia demi keluarga tercinta.




http://superwahmsupermom.blogspot.com/
Sumber: Bab 3 super wahm super mom
Tekanan urus rumahtangga
Pada mulanya memang sukar. Tekanan dengan kerenah 4 orang anak (dulu semua hantar taska). Saya perlu uruskan kerja rumah, siapkan tempahan, pentadbiran perniagaan dan nak menahan perasaan terperap dalam rumah. Saya menghadapi masalah kemurungan hampir enam bulan, alhamdulillah saya ada ramai sahaba
t seangkatan yang beri sokongan.
Dan sekarang selepas dua tahun lebih menjawat jawatan WAHM, saya sudah boleh sesuaikan diri. Malah saya tidak akan berfikir dua kali untuk menolak sebarang jawatan lain yang ditawarkan pada saya yang akan menyebabkan saya terpaksa kembali ke dunia pekerjaan 9-5.
Ya, saya masih tepuk dahi dengan kerenah anak anak, tak dapat cuti sakit bila demam selsema dan urut pinggang lepas buat kerja rumah tapi yang penting sekarang adalah kepuasan yang saya dapat. Tidak semua orang dapat merasa untuk dibayar bila hobi di rumah di samping anal-anak tersayang.
Perkongsian Noor Hidawati.

http://superwahmsupermom.blogspot.com/
Dan sekarang selepas dua tahun lebih menjawat jawatan WAHM, saya sudah boleh sesuaikan diri. Malah saya tidak akan berfikir dua kali untuk menolak sebarang jawatan lain yang ditawarkan pada saya yang akan menyebabkan saya terpaksa kembali ke dunia pekerjaan 9-5. Ya, saya masih tepuk dahi dengan kerenah anak anak, tak dapat cuti sakit bila demam selsema dan urut pinggang lepas buat kerja rumah tapi yang penting sekarang adalah kepuasan yang saya dapat. Tidak semua orang dapat merasa untuk dibayar bila hobi di rumah di samping anal-anak tersayang.Perkongsian Noor Hidawati.
http://superwahmsupermom.blogspot.com/

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin