Tuesday, February 5, 2013

Siapa saya dan apa kepakaran?



Baca panduan asas bekerja di rumah www.janawangdirumah.com
Panduan mula bisnes butik online/offline http://mulabisnesbutik.blogspot.com/
Super wahm, super mom urus masa urus tenaga urus rumah tangga http://superwahmsupermom.blogspot.com/


1) Berikan sedikit latar belakang ayu seperti;
-nama penuh
-umur
-pengalaman bekerja
-ibu kepada berapa cahaya mata
-tahap pendidikan
-buku yg telah dihasilkan
-apa status pekerjaan ayu kini

2) Ceritakan pengalaman ayu sendiri sehingga mengambil keputusan berhenti makan gaji.

3) Setelah berhenti bagaimana ayu merancang jadual rutin seharian?

4) Kenapa bekerja dari rumah lebih baik utk seorang ibu? 
-apakah senang utk bekerja sekiranya anak merengek dan sebagainya..
-cara pengurusan masa yang bagaimanakah lebih efektif?
-halangan dan cara mengatasinya...

5) Kebaikan bekerja dari rumah..

6) Bagi wanita dan ibu yang mahu berhenti kerana stres pelbagai tanggungjawab, apa nasihat ayu...
-cth mesti generate income dgn berniaga online ke...

7) Ceritakan tentang buku ayu, apa panduan yang boleh dikongsi di mana boleh dapatkan..

8) Boleh ayu huraikan singkatan wahm soho dan yg sering dikaitkan dengan bekerja dari rumah

1. Latar belakang Masayu Ahmad?
Masayu Ahmad, 34, memilik empat cahaya mata.

Saya graduan Universiti Sains Malaysia, bidang Komunikasi Massa, pengkhususan kewartawanan. Jadi sudah lebih kurang 11 tahun dalam bidang ini.

Menjalani latihan praktikal sebagai wartawan kedet di Karangkraf, majalah dewan kosmik. Kemudiannya setelah tamat pengajian, saya terus bekerja/bertugas editorial majalah Mingguan Wanita.

Antara ruangan tetap saya kendalikan bahagian cerpen/puisi, ruang diet sihat, ruangan kecantikan dan banyak lagi. Selan itu juga banyak menulis untuk kisah masyarakat, keusahawan, resipi, dekoras, personaliti dan sebagainya.
Selepas Mingguan Wanita saya sempat bertugas di Majalah Rapi untuk terbitan pertama dan kedua. Majalah ini memberi fokus kepada kesihatan dan kecantikan.

Kemudian menyambung atau mencari angin baru sebagai Pegawai penerbitan di Amanah Ikhtiar Malaysia, yang ini banyak fokus kepada penulisan usahawan-usahawan luar bandar. Banyak juga informasi di sini yang mana saya suka mencari dan menyelongkar kisah-kisah kejayaan usahawan luar bandar yang bukan calang-calang, ada ramai yang sudah bergelar jutawan.

Saya berterima kasih kepada dua majkan ini yang banyak memberi peluang dan kebebasan dalam kerjaya saya terdahulu. Pengalaman ini lah saya gabungkan dengan minat dalam bidang penulisan.
Saya meneruskan minat dalma bidang penulisna sudah tentu informasi wahm dan soho dan pada masa yang sama saya masih mengekalkan minat dalam penulisan kesihatan dan kecantikan. 

Buku yang telah saya hasilkan.

Antara buku yang telah diterbitkan ialah Jana RM Dari rumah terbitan Kumpulan Karangkraf, Buat Duit Dengan Salon terbtan PTS, Ebook Jana Wang Di Rumah terbitan klikjer.com, dan dua lagi yang terbaru, ialah Ebook Panduan Mula Bisnes Butik dan Ebook Super Wahm, Super Mom.

2. Ceritakan pengalaman sendiri sehingga berhenti makan gaji?

Selepas berkahwin pada 2005, saya mula merancang untuk berhenti kerja dan faktor anak yang selalu sakit dan berulang alik tnggal di hospital, ini menjadi titik tolak saya dan masanya untuk 'berhijrah'.
Hijrah kini dengan pendekatan mencari peluang bekerja dari rumah. Saya mula mencari peluang menjana pendapatan pasif dan pendapatan aktif. Penghujung tahun 2008 bermula karier saya sebaga suri bekerja dari rumah sepenuh masa.

Hakim adalah sebab utama saya berhenti kerjaya, bertukar haluan untuk bekerja dari rumah. Tidak banyak kumpulan sokongan pada masa tersebut tentang panduan bekerja dari rumah. Yang ada adalah sumber di internet dan juga web dari negara-negara maju yang sudahpun terkehadapan tentang bekerja dari rumah.

Tidak sekadar itu, ketika hamil anak ke dua saya sudah menetapkan matlamat mahu bekerja dari rumah. Selepas Hakim berterusan masuk wad, keluar masuk, saya sudah bertekad dan tidak menoleh ke belakang.

Ketika usia anak ke tiga enam bulan, saya memegang status wanita bekerja dari rumah. Pun, begitu pandangan dan penerimaan masyarakat pada ketika itu masih belum begitu terbuka tentang status wanita bekerja dari rumah.

Juga atas dorongan diri dan usaha inilah saya memberi dan mengutip banyak info bekerja dari rumah dan mula menulis tentanya di blog dan facebook. Saya mula mempunyai rakan-rakan maya (online) yang juga mempunyai tujuan yang sama, meninggalkan kerjaya dan memulakan kerja atau bisnes dari rumah.

Penulisan adalah kerjaya utama saya,dan yang paling penting saya sudah memulakan aktiviti menulis di blog dan aktif di media sosial facebook, menulis panduan dan memberi tips bekerja dari rumah kepada lebih wanita atau sesiapa sahaja yang ingin dan mencari peluang bekerja dari rumah.




3. Setelah berhenti kerja bagaimana saya merancang rutin harian?

Berikut rutin saya setiap hari.

1. Jam 4,5,6 dan 7 adalah masa untuk menulis. Bangun lebih awal adalah lebih bugar. Menyiapkan kerja berat awal pagi memang mudah.

2. 7 dan 8 pagi, biasanya saya akan selesaikan kanak-kanak riang, usai selesai Hakim, Arif dan Aiman, uruskan juga pakaian suami.

3. Menjelang jam 8 pagi saya menyusu, mandikan dan menyuapkan Arissa. Kadangkala saya memasak pagi, atau bergilir dengan mertua untuk sarapan.

4. Jam 8 juga menulis di blog, dan berselang seli menjawab/mengurus pasukan dropship. Juga selesaikan mana-mana yang bertatus segera.

5. Jam 9 selesai menghantar Arissa, selalunya jika Arissa tidak makan dirumah, saya suapkan dia di taska. Arissa sudha kenyang, bersih dan wangi saya tinggalkan dengan hati lapang. Saya singgah sebentar untuk minum atau jika tidak awla pagi sudah minum atau sarapan di rumah. Biasanya saya makan berat seperti nasi, jadi akan dapat bertahan sehingga malam. Untuk tengahari saya makan makanan yang boleh membantu badan dari rasa lapar seperti kurma.

6. Jam 10 masanya menguruskan http://www.facebook.com/KedaiBukuOnlineDotCom dan juga pasukan dropship online.

Saya menawarkan tiga pilihan dropship, buku, produk sunnah dan terbaru dropship borong.

7. Jam 12.30 saya ke sekolah menghantar bekal dan beg sekolah untuk sesi KAFA sebelah petang. Biasanya masa ini saya temankan Hakim makan tengahari dan sambil itu bertanya apa perkembangan di sekolah. Saya tinggalkan Hakim apabila nampak dia sudah selesai, bersalaman dan saya terus pecut.

7. Biasanya selesai jam 12 saya bergerak untuk penghantaran barang sama ada di skynet, pejabat pos atau gedex.

8. Sebelum zuhur, saya berada di Masjid A, saya recaj tenaga sebentar, kemudian menyambung urusan. Sama  ada urusan online, pengurusan stok, temujanji dan sebagainya.

9. Jam 4 saya bergerak balik, Asar di Masjid B, menjemput kanak-kanak riang, saya perlu lewatkan kerana Arif dan Aiman solat asar berjemaah di PASTI.

10. Jam 5 hingga 7 saya banyak luangkan masa untuk anak-anak, juga terus masuk dapur untuk menu malam, sambil siapakan makanan petang. Anak-anak selalunya lapar. Semalam gorengkan naget, keropok keping, roti dan teh o panas.

11. Setelah cuti sekolah bermula Jam 8 hingga 10, saya fokus temankan anak-anak menyiapkan kerja sekolah mereka. Setelah mereka tidur, barulah saya fokus semula dengan urusan online.

12. Buat senarai baru untuk hari esok.


4) Kenapa bekerja dari rumah lebih baik utk seorang ibu? 
1. Kembali melihat apakah matlamat awal kita bekerja dari rumah. Sebelum kita memegang status bekerja dari rumah, iaitu masih bekerja, kita sangat berkobar-kobar membuat persediaan fizikal dan mental. Kita sangat mengharapkan suatu masa kelak berjaya mempunyai pejabat sendiri di rumah.


2. Rancang dan rancang, kita juga perlu bersedia apabila sudah sampai masa bekerja dari rumah dan sudah juga berstatus 'usahawan sepenuh masa'. Namun fleksibel adalah tujuan utama, iaitu masih boleh bekerja dari rumah dan boleh meneruskan aktiviti kerja atau bisnes di luar rumah.

3. Ada yang berkongsi perlu bekerja semula, setelah merasakan pendapatan bekerja dari rumah sudah tidak boleh menampung ekonomi keluarga. Bekerja semula juga terpulang apa matlamat yang ingin dicapai, sama ada sudah bosan bekerja dari rumah, atau mahu bekerja untuk mengumpul modal dan menambah pengalaman baru.

4. Selalu bersama dengan kumpulan yang mempunyai matlamat yang sama, apa bidang kalian, jadi teruskan untuk mendapatkan aura positif dengan bergabung dengan kumpulan dan mengikut kepakaran bidang. Contoh jika, kita adalah ahli tukang jahit, maka sentiasa berada dalam kumpulan ini untuk mendapat sokongan dan motivasi terutama ketika berada dalam situasi mencabar dan komitmen merudum.

5. Sentiasa positif dengan membaca kisah-kisah kejayaan mereka yang telah sukses, juga seminar motivasi berkaitan bisnes dan pembangunan diri

-Apakah senang utk bekerja sekiranya anak merengek dan sebagainya. (soalan)

Ok, saya suka membaca teori dan mempraktik dengan cara berbeza. Banyak ibu iaitu suri rumah, wanita bekerja dari rumah yang mengadu tidak dapat fokus membuat kerja kerana gangguan anak-anak kecil. Ada beberapa artikel yang saya tulis dalam buku Jana RM Dari Rumah. Saya kongsikan lagi beberapa penemuan terbar saya, untuk mengelakkan anak-anak menganggu ketika bekerja. Jadi selepas ini, tiada alasan lagi bahawa kalian tidak mampu menangani anak-anak di rumah. Masa bersama anak-anak adalah rezeki yang patut digunakan sepenuhnya, kerana tidak ramai wanita bekerjaya berpeluang bersama anak-anak 24 jam, 7 hari dan 12 bulan. Syukuri dengan nikmat ini. Ok, mari kita telusuri beberapa panduan berikut, semoga bermanfaat.

Zon khas untuk anak-anak

Zon khas ini berupa bilik tidur, bilik permainan, bilik kreativiti. Jadikan bilik ini menyebabkan anak-anak suka dan kusyuk, sehingga tidak mahu keluar bilik.

Ok, dulu saya meletakkan barang-barang anak-anak satu bilik dengan bilik kerja saya. Ia sebenarnya satu suasana yang bagus juga, tetapi lama-kelamaan saya akui ia menganggu ketika saya sedang fokus bekerja.

Saya mula beralih bilik atas, dan kemudiannya melengkapkan bilik tersebut, sebuah komputer meja belajar kanak-kanak riang dan katil. Memang mujarab, ketiga-tiganya leka bermain sehinggalah merasa lapar. Apabila turun ke bawah sudah ada menu yang menanti. Jadi saya kekal fokus di ruang saya sendiri tanpa gangguan oleh kanak-kanak riang.

Pastikan anak-anak kenyang

Apabila anak-anak penat belajar, bermain dan apa sahaja, akan tiba masanya mencari makanan untuk dimakan. Tetapkan jadual makan yang sama setiap hari. Jadi apabila penat bermain, belajar, disuapkan nasi waktu tengahari (jam 12), kemuncaknya mereka akan menonton dan berada dalam situasi kekeyangan. Petang hari sudah ada menu minum petang. Sediakan awal dan mereka pasti tidak akan menganggu. Apabila kepenatan dan kekeyangan, proses menganggu adalah berada dalam keadaan terkawal.


Jarakkan bilik bekerja dengan bilik aktiviti anak-anak

Ruang mereka sekarang adalah di atas, manakala saya berada di bawah. Sayas sudah merasa aman kerana sudah tiada gangguan, hanya gangguang kecil yang masih boleh ditangani.

Simpan permainan dan keluarkan mengikut 

Asingkan jenis permainan mengikut hari dan kreativiti. Contoh Isnin hari melukis (set A), hari Selasa membaca (Set B), membina kreativiti ( Set C), mainan bola sahaja (Set D), kereta (Set E)

Simpan jenis permainan dan agihkan dalam kotak berbeza. Keluarkan mengikut hari yang anda tentukan sendiri dan tanya kepada anak-anak apa aktiviti yang mereka mahu. Keluarkan satu kotak sahaja untuk sehari, selesai bermain disiplinkan anak-anak untuk menyimpan kembali. Jadi masalah mainan berselerak sudah selesai dan anda sendiri tidak pening kepala melihat rumah permainan bersepah-sepah dengan permainan si kecil.

Saya ingin memetik paragraf berikut, muka surat 133, buku Jana RM Dari Rumah

Mempunyai jadual kerja yang fleksibel, tetapi kadangkala anda seolah-olah tidak mampu mendisplinkan diri menyiapkan kerja tepat masanya. 

Setelah menetapkan jam kerja, anda sudah merancang untuk menyelesaikannya, tetapi kekangan awal anak-anak kecil mula mengambil kesempatan meminta perhatian.

Contohnya awal pagi adalah waktu paling produktif untuk bekerja, tetapi gangguan anak kecil kadangkala membuatkan anda terpaksa membatalkan dahulu untuk menelefon prospek pelanggan.

Suara si kecil boleh mengurangkan kredibiliti sebagai seorang usahawan profesional. Contohnya berurusan dengan pelanggan melalui telefon, namun suasana masih belum dalam keadaan terkawal, kedengaran suara si kecil menangis dan anak-anak meminta perhatian. Sudah tentu ini memberi gambaran yang kurang baik pada pendengaran bakal pelanggan dan majikan.

Analisa; 

1. Siapakan segala kerja rumah tangga sebelum anak-anak kecil bangun dari tidur.

2. Setkan temujanji untuk menelefon pelanggan atau majikan ketika anak-anak tidur atau ketika mereka sedang asyik dengan aktiviti.

3. Tentukan masa dari awal untuk menelefon dan menerima panggilan.

4. Letak jauh telefon untuk kegunaan kerja atau bisnes dari gangguan anak-anak kecil.


-Cara pengurusan masa yang bagaimanakah lebih efektif? (soalan)

Ada banyak beza antara wahm, sahm, soho, tetapi ada banyak persamaan juga iaitu dari segi pengurusan masa. Ada masa kita boleh bergelar wahm, bertukar sahm, aktif bersoho. Maksudnya tiga topi ini kenalpasti dan sesuaikan penggunaan masa dan jadual kerja.

Wahm
Memang sudah difahami statusnya boleh bekerja dari rumah, tetapi tidak semestinya tidak boleh bekerja diluar rumah.

Jangan terikat apabila bergelar wahm,kita akan menyandang dan mahu gelaran itu sampai bila-bila. Jadikan ia fleksibel berdasarkan perkembangan bisnes atau kerja  kita dari masa ke semasa.

Usahawan sepenuh masa

Apabila kita sudah ada peningkatan dalam pengurusan bisnes dari rumah atau pun bisnes sudah pun makin berkembang, ada yang akan berhijrah dari kedai online ke kedai fizikal. Ada juga dari kedai fizikal ke kedai online. Tetapi matlamat yang sama masih boleh bekerja di mana-mana sahaja, dan kebebasan sebenar masih 
boleh urus dan ada pejabat dari rumah.

- Halangan dan cara mengatasnya- (soalan)

Ubah kebiasaan

1.      Jangan terkongkong dengan gelaran ‘wahm’ apabila mahu mengembangkan bisnes sedia ada.  Kadangkala wahm juga perlu keluar rumah untuk mendapatkan idea baru, urusniaga baru, pelanggan baru dan sebagainya.

2.      Boleh juga mempunyai beberapa ‘port’ atau pejabat, saya sendiri mempunyai tiga tempat khusus untuk bekerja, satu di rumah, satu lagi di port ‘B’ dan satu lagi di ‘C’. Lokasi ini berbeza untuk urusan penulisan atau bisnes. Jadi jangan terikat, ubahsuai dan kenalpasti mengikut keperluan.

3.      Ubahsuai juga masa untuk kerja dan rehat. Biasanya hari minggu sangat penting bersama anak-anak. Pada masa ini juga perlu member perhatian yang banyak kepada kerja urusan rumah tangga. Jadi alih semula hari cuti, contohnya Jumaat, jadi Sabtu dan Ahad bekerja seperti biasa, iaitu urusan rumah tangga dan keluarga. Maka jadikan Isnin sebagai cuti untuk melepaskan lelah. Jadi jangan terikat dengan kebiasaaan ubah kebiasaan ini mengikut keperluan.







5. Kebaikan bekerja di rumah- (soalan)


1. Ruang pejabat citarasa sendiri. Anda boleh sahaja memilih ruang mana yang anda gemar, lebih besar daripada pejabat anda dahulu, dengan kelengkapan peralatan yang anda mahukan.


2. Tiada gangguan rakan sekerja. Anda boleh sahaja memberi fokus kepada kerja anda tanpa perlu memberi peluang orang lain menggangu anda. Anda boleh sahaja tidak perlu mengaktifkan diri di laman sosial (face book) atau menyatakan tidak mengaktifkan telefon tangan anda.

3. Boleh melakukan aktiviti riadah pada masa-masa yang anda gemari, contohnya pada awal pagi atau pada waktu petang. Kerana ketika wanita lain sibuk ke pejabat anda boleh sahaja berlari-lari di kawasan taman memulakan aktiviti senaman.

4. Anda sentiasa berada di persekitaran keluarga, ketika anak-anak gembira, sedih dan sakit anda sentiasa ada di sisi.

5. Boleh menemani anak-anak makan hampir setiap masa, bermula sarapan, tengahari, minum petang dan makan malam. Nilai masa dengan aktiviti keluarga yang tinggi.


Lapan kegembiraan bekerja dari rumah,

Apa seronoknya bekerja dari rumah. Saya senaraikan 8 kegembiraan berikut.

1. Saya masih tidak terikat dengan siapa-siapa. Hanya terikat dengan majikan sebenar, yang membenarkan saya dilahirkan di muka bumi. Jadi walau di rumah atau di luar rumah saya masih ada aturan dengan majikan yang sebenar. Tetapi saya tidak terikat dengan manusia yang mengarah itu dan ini. Saya masih boleh melakukan apa sahaja agar tidak melanggar aturan dan sudah ada peraturan buat isteri dan wanita bekerja. Sama ada di dalam rumah mahupun luar rumah. Buat pilihan yang mengembirakan 'Majikan sebenar' bukannya mengembirakan 'manusia'.

2. Saa masih boleh mengawal dan urus masa dengan kadar semasa sibuk, kurang sibuk atau semasa super sibuk. Apabila super sibuk dengan urusan kerja, keluarga, orang tua dan anak-anak, ambil masa untuk fokus bertenang, mula susun rutin dan lakukan dengan hati lapang.

3. Raih pendapatan dengan cara kita mahukan. Berapa banyak peluang yag ada di muka bumi ini untuk mencari rezeki. Malaysia adalah negara yang banyak sumber, cari peluang tersebut ia ada di mana-mana, asalkan kita rajin berusaha dan tidak putus asa. Hanya orang malas sahaja yang mencipta alasan, sama-sama berubah dan tentukan pilihan yang kita mahukan.

4. Bila-bila masa sahaja saya boleh ubahsai soho saya. Ketika rajin menggebu menulis, saya boleh fokus menulis, ketika kanak-kanak riang mahukan perhatian, saya ubahsuai semula mengikut keperluan iaitu saya dan anak-anak masih boleh bersama dalam suasana yang kami sukai.

5. Kita yang tentukan pilihan bukan orang lain. Ketika membuat keputusan berhenti kerja, saya mengikut kata hati dan naluri, sudah tentulah ia adalah hasil usaha selama ini yang mula fokus untuk bekerja dari rumah.

6. Tinggalkan kebiasaan ramai orang. Saya tidak suka kesesakan lalu lintas, kesesakan ketika membeli belah di pasaraya. Saya sukakan suasana yang lengang, dan jalanraya yang tenang. Ubah dan pilih cara ini. Juga seronoknya membawa anak-anak bermain di taman permainan ketika tidak ramai orang.

7. Boleh merasai ketenangan di kampung dan bercuti pada bila-bila masa. Betapa ramai orang yang sangat sukar mendapat cuti ketika anak sakit. Betapa ramai orang hanya tunggu hujung tahun semata-mata mahu bercuti, sedangkan kita boleh pilih dan ubah cara biasa itu. Lakukan perkara-perkara biasa dengan sentuhan luar biasa. Walau bercuti masih boleh membuat kerja atau rutin harian.

8. Pilih yang terbaik untuk kehidupan. Hiduo hanya sekali, jangan rugi dengan melakukan perkara yang meningkatkan tekanan kehidupan. Anak-anak juga membesar sekali sahaja, jadi masanya untuk merai semasa proses mereka membesar.


6) Bagi wanita dan ibu yang mahu berhenti kerana stres pelbagai tanggungjawab, apa nasihat ayu (soalan)
-cth mesti generate income dgn berniaga online ke...


Terdapat banyak persediaan sebelum memutuskan untuk bekerja dari rumah, namun di bawah ini saya senaraikan tiga perkara penting yang perlu diambil perhatian.

Bekerja  atau bisnes

Memilih sama ada mahu mengusahakan bisnes iaitu menjual produk atau perkhidmatan. Jika bekerja contohnya seperti saya memilih sebagai penulis sepenuh masa. Kriteria pemilihan kerja atau bisnes sangat berkait rapat dengan pendidikan, pengalaman, rangkaian dan minat. Pilihlah berdasarkan keutamaan yang memberi pulangan menguntungkan dar segi kewangan, kepuasan dan minat. Ini mendorong kalian untuk kekal fokus dan tidak mudah patah semangat.

Pengurusan masa

Sangat penting mempunyai kalender pengurusan masa yang tepat dalam perancangan kerja atau bisnes. Ini memastikan kalian mempunyai arah tuju yang jelas. Juga mempunyai rangka kerja berdasarkan tempoh waktu yang sesuai. Bekerja tanpa arah tuju membuatkan kalian hilang panduan dan tuju arah yang sebenar.

101 idea bisnes

Ramai yang mengatakan, tiada idea, tidak tahu membuat apa, tidak pandai memilih produk yang sesuai. Sedangkan begitu banyak idea bisnes yang boleh dimulakan dari rumah secara kecil-kecilan. Terdapat beberapa cara, selain mendapatkan capaian kata laluan idea bisnes di aplikasi google, boleh juga mendapatka idea dari buku-buku bisnes yang sudah banyak terdapat di pasaran. Juga melihat blog teman-teman yang sudah pun berniaga secara kecil-kecilan.

Saya kongsikan juga satu kisah seorang wanita bekerjaya yang mahu berhenti kerja.




Assalamualaikum w.b.t
Saya perlukan pendapat. Saya masih bekerja dan secara sambilan membuat tempahan kek, coklat dan door gift.
Sekarang dalam dilema kerana hati sudah tidak sepenuhnya bekerja lagi, melainkan mahu menguruskan anak-anak, suami dan bisnes. Suami juga bekerja sendiri dan bisnes masih belum stabil.
Setiap hari memberontak untuk tidak pergi bekerja namun digagahkan juga apabila memikirkan kewangan keluarga yang saya tanggung bagi membantu suami
Bagaimana saya hendak melunaskan dan meningkatkan lagi pendapatanbisnes, agar saya dapat melakukan apa yang betul-betul saya minat dan di samping kewangan keluarga tidak terjejas.
Puan Z 

Ini ulasan saya:



Ada dua keutamaan kenapa ramai wanita sangat mahu bekerja dari rumah.

1. Menjana pendapatan

2. Mengurus keluarga

Terdapat 4 perkara penting yang perlu difikirkan Puan Z

1. Suami bekerja sendiri dan masih belum stabil- saya kira, puan Z perlu merancang semula niat untuk berhenti kerja dan berbincang dengan semua apa risiko berkaitan kewangan sekiranya berhenti kerja.

2. Kewangan keluarga yang ditanggung bagi membantu suami- Ini juga perlu difikirkan kerana, berhenti kerja dengan perancangan yang kukuh dan juga mempunyai tabungan yang cukup sekurang-kurangnya 2 tahun, sebelum bisnes benar-benar stabil.

3. Bekerja secara sambilan membuat tempahan kek, coklat dan door gift.- Puan, fokuskan semula untuk mula fokus menerima tempahan dan jadikan ia sebagai bisnes yang lebih profesional.

4. Hendak melunaskan dan meningkatkan lagi pendapatan bisnes- Promosi, promosi, promosi, pemasaran, khidmat pelanggan, pemasaran dan banyak lagi. Ini adalah berterusaan dan gali ilmu baru setiap hari.

Saya selalu berkongsi, lakukan secara sambilan kerja atau bisnes yang dipilih semasa anda masih bekerja dan selepas pendapatan itu sudah stabil barulah mula meletakkan tempoh atau tarikh untuk berhenti kerja.

Saya petik dari buku Jana RM Dari Rumah mukasurat 205-206

Persediaan asas kewangan bermula daripada persediaan mengurus pendapatan dan perbelanjaan isi rumah. Anda perlu mengetahui semua punca sumber pendapatan dan aliran wang keluar iaitu perbelanjaan isi rumah.

Persediaan ke dua ialah mengumpul modal secara konsisten di dalam tabung khas

Ada dua jenis tabung khas, pertama tabung untuk menampung perbeleanjaan sekurang-kurangnya 12 bulan selepas notis tamat perkhidmatan dan sebaiknya tabung untuk 2 tahun sara hidup.

Tabung khas kedua adalah sebagai modal yang bersumberkan simpanan sendiri tanpa perlu berhutang. Matlamat di sini adalah untuk memastikan anda bebas hutang dan mampu mengusahakan bisnes dengan risiko yang kecil.





7) Ceritakan tentang buku ayu, apa panduan yang boleh dikongsi dimana boleh dapatkan (soalan)


Ketika mula berhenti kerja dahulu dan bermula bekerja dari rumah amat sukar sekali mencari kumpulan sokongan di Malaysia. Kebanyakan adalah bersumber dari negara-negara maju dan info berkaitan melalui carian internet. Atas faktor ini juga, inisiatif saya menulis dan berkongsi seberapa banyak info bekerja dan peluang bisnes yang boleh dilakukan di rumah. Salah satu blog perkongsian info bekerja dari rumah adalah http://wahmsahmsoho.blogspot.com/-





Buku pertama Jana RM Dari Rumah terbitan Grup Buku Karangkraf pada tahun 2011, merealisasikan impian saya sebagai penulis sepenuh masa. Insya-Allah lebih banyak buku berkaitan bisnes dan kerjaya dari rumah sedang dan akan diterbitkan. 
Antara buku yang telah diterbitkan ialah Jana RM Dari rumah terbitan Kumpulan Karangkraf, Buat Duit Dengan Salon terbtan PTS, Ebook Jana Wang Di Rumah terbitan klikjer.com, dan dua lagi yang terbaru, ialah Ebook Panduan Mula Bisnes Butik dan Ebook Super Wahm, Super Mom.

Sejak buku diterbitkan, saya bukan sekadar menjual buku sendiri secara online malah sudah mempunyai kedai buku online.

Pembaca saya boleh terus memilki buku dan ebook tulisan saya di sini

Konsep blog dan cara penulisan

Fokus penulisan untuk blog ini adalah tentang suasana sebenar bekeja dari rumah, mengurus masa, mengurusa rumah tangga dan pada masa yang sama bagaimana menyeimbangkan antara kerja atau bisnes.Ia adalah catatan realiti perkembangan saya sejak mula berhenti kerja semenjak 2008. Jadi pembaca dapat membaca semula catatan lama semenjak ia bermula, dan dapat melihat perkembangan saya tahun sebelumnya hingga kini.

Motivasi dan inspirasi
Sudah tentu niat asal saya adalah memberi dorongan kepada jutaan surirumah diluar sana yang mahu keluar dari suasana bekerja di luar rumah. Bekerja dari rumah adalah satu menyeronokkan dan tambahan pula apabila kita bijak mengurus masa agar 'fleksibel'. Puan begitu sangat perlu mengikuti langkah-langkah yang betul sebelum berhenti kerja. Saya bukan sekadar berkongsi perihal catatan sendiri, malah saya kongsikan blog-blog wanita yang sudah sukses dan juga memegang status bekerja dari rumah. 



8) Boleh ayu huraikan singkatan wahm soho dan yg sering dikaitkan dengan bekerja dari rumah (soalan)








No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin