Wednesday, February 6, 2013

Motivasi petang Khamis-mari berjimba-jimba




Klik di sini untuk keterangan lanjut http://mulabisnesbutik.blogspot.com/


Teks: Masayu Ahmad

Dari tadi mahu menulis masih terpaku di sini, ok, apa nak kongsi. Ada dua raga kain kejap lagi saya mahu jemur dan kemas rumah. Esok Jumaat, jadinya hari ini selesaikan segala urusan rumah tangga, selesai semua ini saya akan pecut hantar barang pelanggan.

Ok, saya masih lagi dalam situasi siapkan manuskrip, manakala grup dropship masih lagi seperti biasa. Ok, bagi kalian yang masih tercari produk apa mahu jual tanpa modal, modal minima RM20 sahaja iaitu beli mana-mana buku saya, ia adalah yuran komitmen, iaitu maksudnya berapa kalian berani labur untuk dapatkan ilmu.

Boleh ke sini untuk sertai dropship yang saya tawarkan http://wahmsahmsoho.blogspot.com/2012/12/bisnes-dropship-mula-bisnes-tanpa-modal.html

Oh, ya semalam kalian ada baca entri saya yang panjang itu, itu jawapan untuk temuramah online, oleh wartawan utusan, insya-allah akan terbit pada ruangan MEGA, UTUSAN, tarik saya tidak tahu, mungkin minggu ini mungkin minggu depan, moganya ia akan mendapat manfaat jutaan suri rumah diluar sana. Insya-Allah. Sebetulnya, biasa bagi saya kalau rakan-rakan dari karangkraf yang temuramah, luar biasa apabila dijejaki wartawan harian metro dan terbaru utusan beberapa hari lepas, saya sangat terharu sebetulnya. Tidak terlintas di hati saya mahu keluar dalam mana-mana akhbar, cukup sekadar promosi belakang tabir. Namun kuasa 'minda separuh sedar' saya hujung tahun lepas ada berfikir dan menulis, tahun ini masanya untuk promo habis-habisan, tidak sangka pula ada yang mesej dan mahu temuramah online. Namun alhamdulillah, ini juga atas bantuan Majikan sebenar, mungkin saya mungkin juga giliran kalian. Ini juga rezeki, rezeki yang didatangkan dalam pelbagai bentuk. Betul tak?

Pagi ini usai menghantar anak sekolah saya memberi 'reward' kepada diri sendiri singgah makan nasi kerabu, ayam bakar dan keropok keping, aduh asyik bangat. Saya bagi masa 15 minit untuk sata recaj tenaga dan masa. Kembali ke rumah dan menyiapkan entri ini. Alhamdulllah, alhamdulillah, alhamdulillah.

Untuk tahun ini memanng sasaran saya 12 buku/ebook yang mana saya meletakkan tekanan kepada diri sendiri, sebuah buku setiap bulan, untuk ebook bulan ini jangan lupa sudah boleh dapatkan naskah ebook panduan super wahm, super mom, urus masa, urus tenaga, urus rumahtangga.

Jika ebook pertama menerangkan asas dan persediaan di rumah, untuk ebook ini saya menemuramah 15 suri yang sudah pun bergelar wahm dan ada yang sudah sukses menjadi usahawna sepenuh masa. Ia adalah catatan atau perkongsian realistik. Jika mahu tahu kalian perlu menelusuri pahit manis sebagai wahm, bukan sekadar cerita saya yang selalu saya kongsi di sini. Usaha ini atas matlamat lebih banyak kisah yang akan saya bongkar. Juga saya sedang menyusun dan menjeak jutawna surirumah dan jutawan muslimah, saya tidak saba menjejaki mereka kerana merka bukan calang-calang dan pastiny banyak perkara yang boleh dipelajari dari setiap pengalaman. Cabaran dan pengalaman itu mahal maka maka mari sama-sama cerap dan praktik

Salam kasih sayang




1 comment:

Julia Johari said...

Salam kenal dari blog Umi Julia...ternyata andalah saya yg saya tercari2 dan sumber inspirasi....:)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin