Friday, February 8, 2013

Menu kasih sayang, rai anak-nak-tips musim cuti


Alhamdulillah, biasanya kalau cuti saya yang masak atau bergilir dengan bonda mertua, masa ini terbau-bau ikan goreng besi dan sayur lemak betik muda yang dicampur kangkung. Itulah kasih sayang tanpa batas, terima kasih ma, dia pun faham kerja saya, saya pun faham keadaan dia, saling perlu memerlukan, bonusnya cucu-cucu sentiasa mendapat menu kasih sayang dari nenek mahupun dari saya sendiri. Ketika orang lain bersesak-sesak di jalanraya, kami di sini tenang kerana sudha tinggalkan kebiasaan bersesak dijalan raya waktu cuti begini. Kami sentiasa menikmati cuti-cuti gembira bersama orang tua. Kerja saya padat dengan bersusun tugasan, tanpa perlu keluar bersesak di jalanraya. Alangkah mudahnya surirumah moden kini, juga terima kasih Allah memberi kurnia bakar hanya di hujung jari sahaja ;)

Jadual dua minggu ini agak getir juga, bersusun tugas perlu selesai, juga ada lima permintaan 'personal coaching' belajar asas blog dan facebook untuk bisnes. Saya masih mempertimbangkan masa yang sesuai untuk mula. Sangat ramai yang masih zero diluar sana yang tak tahu bermula dari mana, saya akan mulakan di Kota Bharu sahaja dulu. Bagi kalian yang sudah pandai, tidak perlu lagi, yang ini khusus yang masih zero untuk belajar. Saya akan kongsikan ilmu bagaimana menggunakan apa yang ada, gunakan yang percuma dahulu sebelum menggunakan yang berbayar, juga mencari sumber produk tanpa perlu mengeluarkan modal yang besar, ada RM100, atau RM200 pun sudah boleh mula.


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin