Saturday, March 2, 2013

Kisah biasa vs kisah luar biasa

Teks: Masayu Ahmad


Dapatkan ebook terbaru saya di sini http://superwahmsupermom.blogspot.com/

Bismillah, rupanya sudah beberapa hari ya saya tidak berkongsi di sini, di sini sudah hari ke 2 cuti, esok sudah mula rutin sekolah anak. Alahai masa, sangat pantas. Masa keluar tadi, saya bagitahu Hakim dan adik-adik, nanti kema buku-buku atas meja, nanti balik ibu upah ais krim Yeay! Tiga orang serentak menyahut

Balik tadi, bertuah lahai anak, separuh sahaja dikemasnya. Tidaklah mengapa, asalkan ada usaha yang penting usaha. Tetapi usaha tidak boleh sekerat jalan, perlu sampai habis. Usaha tidak boleh putus asa, buat sampai berjaya. ye tak.
Alhamdulillah dan terima kasih atas komen Nora Hamsan yang sudah membaca ebook super wahm, super mom, nantika pandangan lengkap dari beliau.

Apabila ada yang bertanya kepada saya soalan begini?

Bagaimana caranya untuk memulakan usaha menjana pendapatan dari rumah?
atau yang ini
Apa pandangan puan saya, ada kemahiran membuat kek, dan saya mahu menambah pendapatan keluarga?

Dua jawapan ini adalah asas bagi yang ingin mengetahui apa yang sesuai untuk kalian. Jawapan adalah sangat panjang, dan semuanya saya sudah sebut dan ulang banyak kali dalam artikel dalam blog ini. Carilah labels/kategori wahm, soho di sebelah kanan.

Atau paling mudah, kalian keluarkan sedikit pelaburan hanya RM20 sahaja untuk ebook www.janawangdirumah.com dan ia sudah ada penerangan saya bagaimana mana asas bermula dan memilih sama ada bekerja atau bisnes.

Dalam ebook atau buku Jana RM Dari Rumah, saya ada menyentuh tiga faktor utama dalam pemilihan ini
1. Pendidikan
2. Pengalaman
3. Kemahiran
4. Bidang
5. Mentor


Daripada tiga ini kalian boleh memilih untuk bermula dari mana, untuk lebih terperinci boleh sahaja baca dari ebook atau buku tersebut. Dan juga yang penting ada perkongsian pengalaman mereka yang sudah sukses dan ia adalah pengalaman realistik. Juga pengalaman getir dalam tiga tahun pertama, cabaran dan pengurusan tekanan apabila bekerja sendiri.

Dapatkan dua ebook ini dan percuma buku bonu Strategi Pemasaran Cara Rasulullah.


Saya juga membuka 10 slot iklan untuk ebook bakal terbit Mac 2013, pm saya di fbhttp://www.facebook.com/masayu.ahmad atau hantarkan pertanyaan
di masayu2010@gmail.com



No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin