Saturday, February 2, 2013

Lima strategi tingkatkan motivasi-tips sahm, wahm, soho

Teks: Masayu Ahmad


Ada banyak perkara yang perlu dan selalu kita alami apabila berada dalam situasi kurang bertenaga, sudah keliru, kecewa dengan sumber pendapatan, sudah tidak suka bekerja di rumah.

1. Kembali melihat apakah matlamat awal kita bekerja dari rumah. Sebelum kita memegang status bekerja dari rumah, iaitu masih bekerja, kita sangat berkobar-kobar membuat persediaan fizikal dan mental. Kita sangat mengharapkan suatu masa kelak berjaya mempunyai pejabat sendiri di rumah.


2. Rancang dan rancang, kita juga perlu bersedia apabila sudah sampai masa bekerja dari rumah dan sudah juga berstatus 'usahawan sepenuh masa'. Namun fleksibel adalah tujuan utama, iaitu masih boleh bekerja dari rumah dan boleh meneruskan aktiviti kerja atau bisnes di luar rumah.

3. Ada yang berkongsi perlu bekerja semula, setelah merasakan pendapatan bekerja dari rumah sudah tidak boleh menampung ekonomi keluarga. Bekerja semula juga terpulang apa matlamat yang ingin dicapai, sama ada sudah bosan bekerja dari rumah, atau mahu bekerja untuk mengumpul modal dan menambah pengalaman baru.

4. Selalu bersama dengan kumpulan yang mempunyai matlamat yang sama, apa bidang kalian, jadi teruskan untuk mendapatkan aura positif dengan bergabung dengan kumpulan dan mengikut kepakaran bidang. Contoh jika, kita adalah ahli tukang jahit, maka sentiasa berada dalam kumpulan ini untuk mendapat sokongan dan motivasi terutama ketika berada dalam situasi mencabar dan komitmen merudum.

5. Sentiasa positif dengan membaca kisah-kisah kejayaan mereka yang telah sukses, juga seminar motivasi berkaitan bisnes dan pembangunan diri.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin