Saturday, February 16, 2013

Asah kepakaran! Tips wahm, soho

Teks: Masayu Ahmad

Ini adalah bacaan asas untuk mula kerja dari rumah www.janawangdirumah.com

Kalau dengan nasi kerabu mesti kalian ingat Kelantan kan, nasi kerabu ini pula ada banyak kategori, ada nasi kerabu yang kering, nasi kerabu tumis, dan nasi kerabu istimewa (solok lada, ayam bakar, daging bakar).

Kalau datang ke sini banyak dan boleh cari beberapa pilihan, antarannya kedai nasi kerabu ayam bakar, ini lokasi di tepi jalan, Jalan Kuala Krai-Kota Bharu, ada juga nasi kerabu Pattani, nasi kerabu golok.

Semalam saya sangat teringin mahu makan nasi kerabu, lalu singgah nasi kerabu Pattani, apa bezanya. Bezanya ia dihidangkan bersama meehoon sahaja, yang lain tetap sama.

Apa kepakaran kita berbanding pesaing?

Jika awal-awal permulaan bisnes online tidak banyak lagi pilihan belian online barang kanak-kanak, baju ibu hamil, produk penyusuan dan sebagainya. Sekarang ramai yang berlumba-lumba untuk menjual dan mula bisnes secara online. Laut biru sudah menjadi laut merah. Persaingan semakin sengit.


Jadi, apa pilihan sekarang?

1. Anda perl fokus kepada khidmat pelanggan, jika ada 1,000 pelanggan setia, meraka tidak akan lari, akan tetap membeli dengan kalian.

2. Cari keunikan produk kita berbanding produk pesaing

3. Jadikan inovasi dan kreativiti jualan produk kita berbanding pesaing

4. Jadi walau mahal sekalipun, pelanggan akan tetap mencari.



Iklan!



Salah satu trend yang amat baik dalam bisnes online kini, ramai yang sudah boleh mula bisnes tanpa modal. Secara ringkas dropship, agen menjual/memasarkan barangan secara online, apabila pelanggan membayar, barang atau produk dipos terus kepada pelanggan. Boleh melihat turutan berikut.

1. Melibatkan pembekal, barang di stor, agen, promosi jualan, pelanggan, sistem penghantaran (syarikat kurier)

2. Pembekal perlu menguruskan agen, stok produk dan urusan penghantaran pelanggan.
3. Agen pula menguruskan promosi melalui laman web jualan, fb, blog, mencari sasaran pelanggan, menerima bayaran produk dan kemudian barulah menguruskan tempahan kepada pembekal.
4. Setelah menerima bayaran dan butiran, pembekal akan membungkus dan menghantar terus ke alamat pelanggan.
5. Segala urus niaga status produk penghantaran akan berlaku antara pembekal dan agen dan juga agen dan pelanggan.
6. Agen perlu mengikut terma dan syarat yang sudah ditetapkan, contohnya tempoh penghantaran, status produk, masalah dan sebagainya.

Berikut beberapa pandangan daripada mereka yang berpengalaman dalam bisnes dropship. Dua pandangan pembekal dan agen, saya sertakan bersama solusi.

Khairiyah Khalid: Masalah apabila pelanggan kepada agen memaklumkan mahu barang cepat dan agen pula tidak boleh ikut apa yang pelangan mahu, kadangkala ada masa jika mahu buat penghantara terus, agen pula tidak ada masa yang sesuai.

Nad Sabry: Setelah lebih kurang 1 tahun terlibat dalam dropship, antara cabarannya ialah
-Jika tiada sistem yang bagus, agen tidak dapat mengetahui stok terkini dan menyebabkan berlaku masalah berbangkit. Juga urusan pos, tidak dapat mengetahui bila dipos.

Suhaila Amiruddin/ Mybargainz Shop- Dropship susah jika stok sangat cepat habis dan terhad.

Nik Ha- Agak susah apabila pembekal tidka beri servis terbaik seperti lambat respon, lambat pos dan sistem tidak ok.

Ummi Salmah- Stok terhad, masalah paling besar untuk dropship.

Emma Novianty- Dropship atas dropship atas dropship

Norhafzah Hasamuddin- Bagi saya pula apabila pelanggan order barang, bercampur dengan barang yang sudah sedia stok, masalah dengan postage.

Wan Anie- 2 perkara yang amat perlu untuk saya dalam menjalankan dropship
 1. Sistem (dari stok, tempahan, resit, tracking, sehinggalah servis selepas pembelian)
2. Pembantu khas untuk pantau sistem dropship terumata pembungkusan dan penghantaran barang.

Bersambung ya....kita masak dulu ;)


Membuat keputusan dan analisa

Sekarang tiba masanya membuat keputusan, senaraikan dan fokus untuk bertindak berdasarkan analisa 4W 1H
Apa (what)- Apa pilihan akhir anda, bekerja secara sambilan atau sepenuh masa.
Bila (when)- Anda boleh bermula bila-bila masa dari sekarang, mencari peluang secara sambilan atau sepenuh masa.
Di mana (where)- Merujuk kepada lokasi bekerja di rumah atau luar rumah.
Siapa (who)- Merujuk kepada siapa pelanggan sasaran, siapa mentor dalam bidang yang dipilih, siapa rakan niaga yang berkongsi minat yang sama, siapa kenalan yang juga aktif dalam bidang yang diceburi.
Bagaiman (How)- Bagiaman mahu bermula, menggunakan pengalaman sedia ada, menambah kemahiran melalui networking bisne, hadir lebih banyak seminar, bengkel untuk mencari peluang.

Bermula secara sambilan
Sebaik-baik permulaan dan persedian dengan melakukan secara sambilan, konsisten dan berkembang secara bertahap. Konsisten setiap bulan dan sasaran pendapatan mengikut tempoh yang ditetapkan.
Berkembang dengan memberi ruang kepada diri sendiri mengasah latihan dan meningkatkan kepakaran. Kepakaran tidak akan diperoleh dalam sekelip mata, tetapi perlu diasah, dilatih mengikut tempoh masa sehingga anda pakar dalam bidang yang dilakukan. Kepakaran juga memerlukan anda menguasi sesuati bidang, menjadi pakar rujuk dan juga mempunyai sijil kelayakan diiktiraf.

Persedian asas 'bekerja sendiri'
Ramai yang ingin bergelar usahawan, namun berapa ramai yang yakin bahawa usahawan adalah bekerja sendiri dan menjadi majikan kepada diri sendiri
Pilihan mengusahakan bisnes atas usaha sendiri memerlukan usahawan menjalankan penyelidikan dan membuat persediaan...

Baca lagi dalam Jana RM Dari Rumah





Bagi yang baru mahu memulakan usaha bergelar wahm, buku wajib baca Jana RM Dari Rumah, langkah demi langkah asas sebelum bermula, beli di karangkraf mall, kerana dengan saya stok sudah habis

Harga promosi sekarang RM12.75 sahaja

atau bacaan ini



  • Bab 1: Pendahuluan & Konsep 
    Merupakan bahagian pendahuluan dan mengandungi pandangan dari wanita-wanita yang telah menjalankan perniagaan dan juga pekerjaan dari rumah. Juga turut menyentuh konsep=konsep bekerja di rumah serta jenis-jenis sumber kewangan apabila bekerja di rumah.
  • Bab 2: Masalah pencentus Motivasi 
    Sedikit pencetus motivasi, iaitu, kisah benar dan pengalaman saya sendiri yang membuatkan saya berkobar-kobar untuk bertukar status dari pekerja di pejabat kepada suri rumah yang bekerja di rumah.
  • Bab 3: Matlamat Bekerja Di Rumah 
    Antara matlamat-matlamat yang boleh anda gunakan untuk memacu semangat anda bekerja di rumah.
  • Bab 4: Mengapa Anda Perlu Bekerja di Rumah
    6 sebab kukuh mengapa anda perlu bertindak sekarang dan mula bekerja dari rumah.
  • Bab 5: Mengapa Gagal Untuk Sukses Bekerja Di Rumah 
    10 sebab mengapa ramai yang gagal untuk bekerja dari rumah. Kenalpasti faktor ini dan elakkan ia dari berlaku pada diri anda.
  • Bab 6: Panduan Persediaan Sebelum Bekerja Di Rumah 
    9 persedian yang perlu anda ketahui sebelum anda memutuskan untuk berhenti kerja di pejabat dan mula bekerja di rumah.
  • Bab 7: Pelan Perancangan dan Bertindak 
    Contoh pelan perancangan dan bertindak untuk anda bekerja dari rumah.
  • Bab 8: Rahsia Kejayaan & Motivasi 
    13 Rahsia kejayaan untuk bekerja dari rumah.
  • Bab 9: Mencari Idea Bekerja Di Rumah 
    7 faktor yang perlu dipertimbangkan apabila mencari idea bekerja di rumah


  • Bagi yang sudah memiliki di atas boleh sertai bisnes dropship berikut:

    Langkah  demi langkah mula bisnes tanpa modal adalah seperti berikut

    1. Saya menawarkan dua pilihan dropship berikut

    a. Kedai Buku Online Network- Iaitu menjual buku-buku popular terbitan Karangkraf, Galeri Ilmu, Pts, Telaga Biru, Inteam Publication. Penyertaan masih dibuka.

    b. Produk Sunnah- Iaitu menjual produk makanan sunnah, seperti madu, kurma, susu kambing, minyak zaitun, cuka kurma, cuka epal dan banyak lagi.


    2. Pilih mana salah satu di atas, a atau  b, mesej saya di fb http://www.facebook.com/masayu.ahmad. Sebelum itu beli buku Jana RM Dari Rumah atau ebook www.janawangdirumah.com, bacaan wajib.

    3.Setelah menyertai salah satu dropship di atas. Kalian hanya perlu

    3.1 Create fanpage, contohnya http://www.facebook.com/KedaiBukuOnlineDotCom- percuma sahaja kan, dan mula ambil gambar buku berdasarkan dalam panduan yang diberikan.







    No comments:

    LinkWithin

    Blog Widget by LinkWithin