Wednesday, February 13, 2013

Motivasi dan inspirasi-tips wahm, sahm, soho

Teks: Masayu Ahmad


Alhamdulillah hari ini 14.2.2013, jangan lupa dapatkan UTUSAN bertarikh hari ini ruangan mega, soalan temuramah yang saya jawab beberapa minggu sudah, sudah tersiar hari ini di ruangan MEGA.

Alhamdulillah, selalunya sudah biasa bagi saya kalau rakan-rakan dari wartawan yang menemuramah. Luar biasa pula kalau dari medi lain. Apa-pun saya pun belum lihat lagi, kejap lagi saya akan berlari mencari dua naskah sebagai simpanan.


Motivasi dan inspirasi

Setiap kali ditanya mengapa saya menulis tentang bekerja di rumah. Sudah tentunya jawapan yang sama, saya menulis kerana memberi motivasi dan inspirasi kepada diri sendiri dan jutaan wanita di luar sana, masih banyak peluang yang boleh ditemui walau berada di rumah.

Apa yang menjadi penggerak?

Saya mahu melihat dalam rak dalam sebuah ruang kerja saya, 30 buku hasil tulisan sendiri, cabaran masih lagi berlangsung, memassuki bulan ke dua iaitu ebook kedua bulan ini bakal terbit. Juga akan menyusul ebook Mac, saya masih memilih gambar untuk dijadikan cover ebook? Mengapa 12?

12 ebook/buku adalah sasaran realistik untuk tahun ini. Saya memaksa diri berkongsi di sini, agar ada 'tekanan' supaya menyelsaikannya mengikut tempoh. Ia membuatkan saya tidak senang duduk, asyik teringat-teringat tugasan 12 ebook/buku ini. Siang, malam, pagi, petang, saya memang selalu bawa tugasan ini bersama-sama. Ia perlu diselesaikan sambil berselang seli dengan aktiviti lain, bisnes dropship, rumah tangga, anak-anak.

Paksaan ini adalah berbentuk positif, harapnya saya dapat siapkan 7 sebelum bulan puasa, dan lima lagi sebelum bulan 12. Jadi bulan puasa saya mahu berehat dan bulan Disember adalah bulan 'reward' untuk 'berjimba-jimba sebeluam menyelesaikan baki 18 lagi ebook/buku sasaran ;). Harapnya rutin ini berjaya saya selesaikan.


Apa yang terbaru

Bersambung ya....


1 comment:

Anonymous said...

Dear kak masayu,
Yana mempunyai impian untuk work from home 3 years from now.
By reading the newspaper of your column on WAHM memberi yana sumber inspirasi untuk memulakan niat yana. Lagipun, yana menyimpan pendapat yang sama mcm kak masayu di mana ALLAH is our boss... I just dunno how to start, i know where to start coz my mum owns a kindergarten and my mother in law deals in boutiquebusiness. Yana sekaramg masih lagi full time employee di salah sebuah multinational company. Look forward to be able to have u as my mentor....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin