Monday, February 25, 2013

Segar bugar, alhamdulillah

Teks: Masayu Ahmad

Hujan lebat sejak menjengan petang, kini sudah reda. Di dapur sudah siap sup tulang satu periuk. Hari ini 25.2.2013, alhamdulillah saya berjaya mengotakan janji diri sendiri, terbit dengan rasmi ebook super wahm, super mom, alhamdullillah.

Hari ini bermula pula untuk ebook ke tiga bagi tahun 2013. Insya-Allah harapnya saya dapat bergerak laju sepantas masa. Maksudnya jika selesai akhir tahun 2013, maka selesai juga ebook/buku sebanyak 12. Itulah sasaran bulanan dan tahunan saya. Ok tips penulisan untuk hari ini.

1. Letakkan sasaran penulisan harian, maksudnya 1 hari sebanyak 10 mukasurat minima. Jadi 10 hari sudah 100 muka surat, kalau 15 hari sudah 150 muka surat.

2. Menulis perlu konsisten setiap hari.

3. Tetapkan jadual menulis, ada penulis suka malam hari, ada juga pagi hari. Saya sekarang ini masih tidak menentu. Saya mahu sasarkan jam 4 hinga 7 pagi selesai 10 muka surat setiap hari.

3. Maksudnya pada setiap 16 hingga 20 hb saya sudah masuk kepada fasa sesi menyunting. Dan sepatutnya saya perlu lebih awal sebulan. Katakanlah mahu terbit bula 2 bulan satu sudah dalam proses penyuntingan. Saya masih berlari untuk mengejar sasaran lebih laju.


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin