http://wahmsahmsoho.blogspot.com/2012/12/bisnes-dropship-mula-bisnes-tanpa-modal.html
Salah satu trend yang amat baik dalam bisnes online kini, ramai yang sudah boleh mula bisnes tanpa modal. Secara ringkas dropship, agen menjual/memasarkan barangan secara online, apabila pelanggan membayar, barang atau produk dipos terus kepada pelanggan. Boleh melihat turutan berikut.
1. Melibatkan pembekal, barang di stor, agen, promosi jualan, pelanggan, sistem penghantaran (syarikat kurier)
2. Pembekal perlu menguruskan agen, stok produk dan urusan penghantaran pelanggan.
3. Agen pula menguruskan promosi melalui laman web jualan, fb, blog, mencari sasaran pelanggan, menerima bayaran produk dan kemudian barulah menguruskan tempahan kepada pembekal.
4. Setelah menerima bayaran dan butiran, pembekal akan membungkus dan menghantar terus ke alamat pelanggan.
5. Segala urus niaga status produk penghantaran akan berlaku antara pembekal dan agen dan juga agen dan pelanggan.
6. Agen perlu mengikut terma dan syarat yang sudah ditetapkan, contohnya tempoh penghantaran, status produk, masalah dan sebagainya.
Berikut beberapa pandangan daripada mereka yang berpengalaman dalam bisnes dropship. Dua pandangan pembekal dan agen, saya sertakan bersama solusi.
Khairiyah Khalid: Masalah apabila pelanggan kepada agen memaklumkan mahu barang cepat dan agen pula tidak boleh ikut apa yang pelangan mahu, kadangkala ada masa jika mahu buat penghantara terus, agen pula tidak ada masa yang sesuai.
Nad Sabry: Setelah lebih kurang 1 tahun terlibat dalam dropship, antara cabarannya ialah
-Jika tiada sistem yang bagus, agen tidak dapat mengetahui stok terkini dan menyebabkan berlaku masalah berbangkit. Juga urusan pos, tidak dapat mengetahui bila dipos.
Suhaila Amiruddin/ Mybargainz Shop- Dropship susah jika stok sangat cepat habis dan terhad.
Nik Ha- Agak susah apabila pembekal tidka beri servis terbaik seperti lambat respon, lambat pos dan sistem tidak ok.
Ummi Salmah- Stok terhad, masalah paling besar untuk dropship.
Emma Novianty- Dropship atas dropship atas dropship
Norhafzah Hasamuddin- Bagi saya pula apabila pelanggan order barang, bercampur dengan barang yang sudah sedia stok, masalah dengan postage.
Wan Anie- 2 perkara yang amat perlu untuk saya dalam menjalankan dropship
1. Sistem (dari stok, tempahan, resit, tracking, sehinggalah servis selepas pembelian)
2. Pembantu khas untuk pantau sistem dropship terumata pembungkusan dan penghantaran barang.
Bersambung ya....kita masak dulu ;)
No comments:
Post a Comment