Tuesday, February 26, 2013

Rahsia bisnes Siti Khadijah

Teks: Masayu Ahmad
Foto: Mat Ali (sepupu saya)

Cantik tak gambar di atas, inilah kampung saya, masya-allah ia mengamir memori ketika zaman kanak-kanak. Saya selalu meniti titi itu untuk naik ke atas bot. Ada titi lebar, kecil dan sebagainya. Kalau ada yang lebar kami kanak-kanak suka berlari-lari atasnya

Lihat titi itu, kalau mahu naik ke atas bot itu perlu pandai, kalau titi kecil yang ada tiga buluh sahaja, perlu berhati-hati. Ia pengalaman seronok. Jika ayah pulang dari laut membawa ikan yang segar bugar. Kami makan dengan mewah hasil laut. Kami tidak mewah dengan wang ringgit, tetapi kalau hasil laut memang kami mawah. Sebutlah apa sahaja jenis ikan, akan dibawa pulang banyak dan segar. Itu kenangan lalu yang segar dan dibawa sampai bila-bila. Apa pula kenangan anak-anak kecil di usia kecil mereka.

Saya suka ikan kerisi bakar, ikan kerisi yang besar dan lemak. Dibakar dengan bara tempurung kelapa. Makan pula nasi panas yang dihidang bersama sayur lemak kacang panjang. Balik sekolah tentunya lapar, tanpa sempat buang baju, terus ke dapur cari nasi. Aduhai, aduhai saya sudah rindu arwah emak. Al-Fatihah.

Tinggal hanya ayah, yang jasanya perlu saya balas sebaik mungkin, tetapi saya berusaha setiap masa. ;(

Masayu Ahmad, berusalah sebaik mungkin ;)

Mengambil tajuk di atas, saya mahu tulis beberapa nota, rahsia bisnes siti khadijah, sebab lihat gambar kampung, terus ingat ayah, uhuk, nanti saya sambung ya.




Hari ini sudah 27.2.2013, alhamdulillah, untuk bulan Mac, saya berusaha meneruskan momentum penulian.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin