Monday, February 4, 2013
Super wahm, super mom, motivasi dan inspirasi!
Semuanya bermula semasa saya mendirikan rumah tangga pada penghujung tahun 2000. Ayah saya seorang yang mahir dalam apa jua kerja pertukangan. Beliau telah menyiapkan sendiri khemah serta binaan asas pelamin untuk kenduri saya. Siapa sangka, khemah yang tidak seberapa yang dibuat dari besi lebihan & kanvas kitar semula seolah-olah menjadi ‘modal kepada pendapatan sampingan’ keluarga kami. Dari situ, saya dan ayah bernekad untuk memulakan perniagaan hujung minggu secara kecil-kecilan iaitu ‘perkhidmatan menyewa kanopi’. Beberapa ketika, aktiviti perniagaan ini dijalankan secara kecil-kecilan oleh ayah dan separuh masa bagi pihak saya yang lebih menjurus kepada pengurusan tempahan, pengiklanan dan aliran wang tunai. Kerana meningkatnya permintaan, saya dan ayah telah membuat beberapa lagi kanopi yang lebih baik dan cantik serta menambah perkhidmatan kepada perkhidmatan katering & PA system.
Saya tinggal di kawasan yang boleh dianggap ‘kampung’ di pinggir ibu kota. Jika ada kenduri kahwin, saya pasti ‘turun padang’ untuk bantu jiran-jiran. Dari buat bunga pahar, hantaran…sampai ke hias pelamin. Saya rasa seronok bermain dengan reben, kain dan bunga-bunga. Dari suka-suka, saya mula menerima tempahan dari saudara-mara serta rakan-rakan. Memandangkan keadaan saya yang bekerja, saya menghadkan tempahan yang masuk agar tidak mengganggu waktu kerja & waktu keluarga yang ada. Bila dah ada perniagaan sampingan dengan ayah, menjadi-jadi pula tempahan yang saya terima sampai ada yang mencadangkan untuk saya buat pelamin.
Etha Bahrom, Gobok The Boutique
Sumber: http://superwahmsupermom.blogspot.com/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment