lihat di sini keterangan lanjut
Kerjaya pertama saya selepas menamatkan pengajian adalah sebagai executive bank di HSBC Data Processing Centre di Cyberjaya pada tahun 2003. Dalam masa setahun dan menjadi process specialist dalam team berkenaan, saya berpeluang mempelajari selok belok customer service, berurusan dengan pelanggan bank di UK secara online dan di telefon, menghubungi pihak bank antarabangsa lain yang terlibat dalam urusan pemindahan wang dan bertanggungjawab melatih executive baru dalam proses berkaitan.
Pendedahan terhadap kemahiran customer service ini memberi semangat untuk saya memulakan perniagaan kraftangan perkahwinan secara online. Saya memulakan perniagaan maya bungatelur.com secara rasmi dari rumah pada tahun 2006 setelah berhenti kerja. Saya juga suka berkongsi pengetahuan dan berkemampuan mengajar orang lain yang berminat. Ini membolehkan saya menjadi tenaga pengajar untuk kelas bunga telur dan kelas decoupage.
Rutin adalah berbeza sebelum dan selepas saya mempunyai anak. 3 tahun pertama saya memulakan perniagaan, jadual kerja harian lebih bebas kerana saya cuma perlu memikirkan diri sendiri dan suami. Ada masa di mana saya sibuk menyiapkan tempahan, kami akan makan di luar atau saya boleh mengenepikan dulu urusan kerja rumah.
Tetapi apabila sudah mempunyai anak, jadual berubah mengikut peringkat usia anak. Saya tidak mempunyai pembantu rumah dan tidak pernah menghantar anak ke pusat jagaan. 2 tahun pertama membesarkan anak, saya cuma mampu mengambil tempahan untuk 2-3 pelanggan saja. Selebihnya saya akan mengajar kelas decoupage atau kelas bunga telur 1-2 kali sebulan di hari minggu di masa suami dapat membantu menjaga anak. Waktu malam selepas anak tidur, saya gunakan untuk mengemaskini blog, laman facebook bisnes dan menjawab pertanyaan dari email pelanggan.
Sumber: Ebook Super Wahm, Super Mom
Dapatkan naskah ini, klik di sini untuk beli http://superwahmsupermom.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment