Monday, March 8, 2010

http://packmelove.blogspot.com- Perantis pertama


Assalamualaikum w.b.t

Ely sudah pun membuktikan bahawa bekerja dari rumah boleh dijadikan kenyataan. Walaupun kini ianya secara sambilan, insya-Allah matlamat Ely untuk sepenuhnya bekerja dari rumah sepenuh masa akan menjadi kenyataan.

Bagaimana mahu mula?

Ini soalan biasa yang diterima. Bekerja dari rumah juga perlu ada persediaan asas. Umpamanya membuat terjunan daripada sebuah heli. Anda tidak boleh terus terjun, terus terjun memang koma. Perlu ada persediaan.

Mahu ke universiti perlu ada persediaan, mahu makan nasi perlu ada persediaan.

Pentingnya menyertai peraduan di blog ini?

Ya, sangat penting. Sebenarnya niat saya mahu mencari pembaca yang benar-benar mengikuti blog ini, serius mahu bekerja dari rumah.

Buku yang saya hadiahkan selain tanda mata dan persahabat, ianya adalah salah satu cara berkongsi informasi dengan status anda bekerja dari rumah.

Bagi yang sudah bekerja dari rumah, sudah tentu ada juga buku yang sesuai untuk dibaca. Bukan sekadar mendapat informasi, malah untuk meningkatkan lagi ilmu dan konsisten dalam usaha yang dilakukan.

Bisnes skala kecil

Bisnes skala kecil adalah lebih mudah diurus. Ianya sangat sesuai untuk suri rumah tangga. Apabila sudah fokus dan menguasi satu bisnes, peluang-peluang lain akan anda dapat satu demi satu.

Jana pendapatan tanpa had

Ya, bekerja dari rumah memberi peluang untuk menjana pendapatan tanpa had. Namun ianya juga memerlukan anda tahu dan bersedia menimba ilmu. Belajar sepanjang hayat, tidak kira ilmu agama, ilmu rumahtangga, ilmu sebagai isteri, ilmu sebagai pendidik buat anak-anak.

Tahniah Ely (peluk saya erat-erat). Saya doakan lebih ramai selepas ini yang akan memulakan usaha dan bekerja dari rumah. Juga tahniah buat Ida yang melahirkan anak  ke- dua (pemenang buku buat duit dengan blog), saya masih mengikuti perkembangan Ida daripada jauh.

Selepas ini siapa lagi ya? Sertai saya dan sertai Buku Peraduan Inspirasi. Bukan semata-mata menyertai peraduan, tetapi sasaran dan matlamat jauh daripada itu sebenarnya.

Salam penuh kasih sayang

http://www.naufasayang.blogspot.com/- Panduan Bekerja Di Rumah
http://www.masayuahmad.blogspot.com/ - Panduan Kesihatan Kecantikan

MasayuAhmad.com- Fans page

2 comments:

Ely Hasrul said...

Hah thanks Mas. mmg peluk erat ahhahaa. Nk post entry tutorial utk share buku 101 idea bisnes tu pon sbb Mas juga. Mas sanggup buat panduan selama ini so ini lah masanye nk return the favor.. utk org lain.. utk Mas pon ade .. tunggu aje la yee.. :P

Masayu Ahmad said...

tak perlu apa-apa untuk saya (wah macm malaikat pula ya, baik sangat), serius ni, tak perlu apa-apa balas ;D

hanya kongsi2 tips sahaja, untuk lebih ramai suri dapat informasi dan rangsangan

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin