Salam hari Jumaat, penghulu segala hari, hari penuh keberkatan.
Sudah memasuki 12 Mac 2010. Pagi ini en.suami membelikan nasi kerabu bersama daging goreng kunyit. Sudah lama tidak makan nasi kerabu buatan sendiri. Walaupun di rumah saya punya jadual kerja agak padat.
Bermula April, jadual kerja berubah sekali lagi. Hakim, insya-Allah akan kembali ke sekolah. Disebabkan saya memberikan Hakim cuti. Suka-suka saya sahaja mahu beri cuti.
Apa tidaknya, sepanjang Januari dan Februari, masa kerja agak panjang kadangkala sehingga lewat malam. Jadi anak teruna tiga orang ini turut berjaga dengan gembiranya.
Terdapat beberapa kriteria yang saya perlukan dalam tempoh perkembangan Hakim sehingga habis masa 2010. Memandangkan Hakim seorang anak yang tidak boleh berterusan belajar secara kusyuk, jadi saya perlu pelbagaikan aktiviti.
Dia sudah boleh mengenal huruf dan nombor, menghafal dan mengingati surah-surah lazim dan pilihan. Ejaan juga perlu ditekankan. Hakim perlu ke sekolah kerana saya yakin di sana pengurusan dan sistem lebih baik buat dirinya.
Tinggal lagi saya hanya perlu menemaninya membuat latihan asas. Anak teruna ini memang banyak alasan jika dia tidak mahu belajar.
Ibu: Hakim kerja sekolah dah buat belum.
Hakim: Hakim penatlah bu, Hakim mahu rehat.
Ibu: Hakim dah siap belum.
Hakim: Dah siap, (sambil menunjukkan hanya beberapa huruf sahaja yang ditulis, belum siap lagi sebenarnya). Ibu buatlah, Hakim penat nak rehat. (Amboi-amboi memang bijak cipta alasan)
Ibu: Kalau macam itu ibu tak nak beli lah robot (Ugus sahaja, tak pernah beli pun ;D)
Hakim: Ok lah, Hakim buat ya. (Dengan lajunya buat latihan)
Kadang-kadang sambil hafal surah,
"Ibu, Hakim dah penat, ibu bacalah sendiri," sambil mata terpejam dan mula merebahkan badan.
Memang betullah, Tuan Hakim yang bijaksana.
4 comments:
sangat kelakar ayat...ibu bacalah sendiri..hehe
Hida
tiga orang anak tiga gaya,
Arif no2, jika disuruh apa-apa sekalipun
jawapannya
Baik!
memang sejuk memberi arahan pada Arif
heheh.. mcm2 gaya.. mcm2 peel kan anak2 nih.. lain2 setiap sorang:) btw, saya kasik award utk awak..nanti check my blog k:)
maya
tiga anak tiga gaya
10 anak lagilah macam-macam gaya
sudah dua award hari ini, macam malam anugerah pulak ;P
apapun terima kasih, nanti saya pungut,
terima kasih juga buat zarin
saya sudah nampak nama saya, tapi tak sempat tinggal jejak
Post a Comment